..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Thursday, February 24, 2011

Mata Pinjamanku Di duga

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

Al-kisah terdapat sepasang bebola mata yg sering melakukan aktiviti sesama..
sering menjadi panduan pada tuannya.
Nama singkatan bebola mata kanan iaitu BOMAKA ,
manakala nama singkatan bebola mata kiri pulak ialah BOMAKI.
Mereka tak pernah meninggalkan antara satu sama lain.
bak kata orang macam belangkas lah dua-dua ni.
Tapi pada satu hari bebola mata kanan telah diduga..
Puncanya adalah dari cecair,nama singkatan cecair ni ialah SYAM-Poo..SYAM-Poo telah menceroboh dan membuat kacau di kawasan BOMAKA.
Semasa kejadian itu tuan BOMAKA tidak dapat menghalang SYAM-poo ini dari membuat kacau kerana semua itu adalah kehendak dari-Nya.
Semenjak itu BOMAKA tidak berhenti menangis,BOMAKA menjadi kemerah-merahan,urat-uratnya semua timbul kemerah-merahan jugak..
Bila BOMAKI melihatkan keadaan itu,dia pun jadi sedih jugak,mang betul kata orang,cubit peha kanan,peha sebelah kiri terasa jugak..tidak lama kemudian BOMAKI pulak merasakan kesakitan itu.Urat BOMAKI juga menjadi kemerah-merahan..
BOMAKA dan BOMAKI mengajak tuannya untuk berjumpa doktor..
BOMAKA dan BOMAKI sering memberi semangat pada tuannya agar berusaha dan tidak berputus asa.
Bermula pada 16hb Februari tuan BOMAKA dan BOMAKI sering membuat temujanji dengan tabib untuk membuat pemeriksaan dan mengambil ubat.Semua itu kerana tuan mereka sangat sayangkan mereka berdua dan ingin berikan jagaan yang terbaik..ini mungkin sebab selama ini tuannya alpa.
Selepas dua minggu akhirnya BOMAKA dan BOMAKI telah beransur pulih..mereka telah diberi kuarantin,diberi ubat titik mata yg diberi oleh tabib setiap hari,doa setiap selepas tiap kali solat dan dengan izin-Nya semua mimpi ngeri itu telah berlalu..
Sesungguhnya Tuan BOMAKA dan BOMAKI mengambil pengajaran atas semua yg berlaku itu,setiap kesakitan yg dirasa harap dapat menjadi penawar dosanya selama ini..itu cuma sepasang mata pinjaman yg diduga..sedangkan banyak lagi pinjaman yg ada pada kita..maka bersyukurlah pada Allah s.w.t............
BOMAKA dan BOMAKI melonjak kegembiraan sambil mengucapkan ALHAMDULILLAH!!