..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Showing posts with label Senyum kambing. Show all posts
Showing posts with label Senyum kambing. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Senyum Kambing Part 2


Al-Kisah 1

Suparman sedang menunggu keputusan SPMnya.Untuk mengisi masa lapang,dia mengambil upah memerah susu lembu di ladang ternak Pak Majid.Pada hai pertama bekerja,dia dbekalkan sebuah bangku kecil dan baldi sebelum memulakan tugas pertamanya.
Sejam kemudian Suparman kembali ke bangsal Pak Majid dengan baju lenjun dan kotor.Baldinya juga pecah manakaa bangku kecil hancur berkecai.

"Apa hal dengan kau ni Suparman?" tanya Pak Majid

"Memerah susu senang,tapi nak suruh lembu duduk di bangku kecil tu yang susyah!"beritahu Suparman dengan tegas.

Al-Kisah 2
Sewaktu rancak bersembang dikedai kopi bersama Ramu,Velu, dan Joe,Tong minta diri seketika untuk ke tandas.
Semaasa ketiadaannya ,Ramu,Velu, dan Joe bercerita tentang kejayaan anak masing-masing.

Ramu: Anak aku ada syarikat pengedar kereta sendiri.Baru-baru ini dia menghadiahkan kawan baiknya sebuah Perdana Baru.

Velu: Anak aku pun ape kurangnyer..usahawa terkenal dan punyai rangkaian syarikat yang besar.Dia juga amat pemurah dan pernah hadiahkan awan karibnya sebuah banglo di Putrajaya.

Joe: Anak aku seorang broker saham yang berjaya dan hadiahkan saham bernilai RM100,000 kepada kawan karibnya.

''Eh!Apa korang cerita ni?kata Tong yang tiba-tiba muncul dari belakang kedai.

Ramu: Tak ada ape..cuma cerita paal kejayaan anak lelaki kami.

Tong: Oooiii..Aku malu nak cerita pasal anak lelaki aku sebab dia nih gay.Tapi aku bangga sebab dia bijak.teman lelaki barunya hadiahkan dia Proton Perdana,teman lelaki kedua plak bagi banglo di Putrajaya dan teman lelaki ketiganya hadiahkannya saham RM100,000.




-->sumber senyum pisang

Tuesday, May 25, 2010

Senyum Kambing ~Part 1~


Cerita 1
Setelah menyimpan wang selama 10 tahun,Rionaldo ke bilik pameran Rolls Royce untuk memeli kereta idamannya itu.Malangnya selepas dikira wang yang dibawa , didapati kurang RM10.
"Tunggu sekejap." kata Rionaldo kepada jurujual.
Dia terus menuju ke tepi jalan raya untuk mendapatkan seseorang yang boleh meminjamkannya wang.Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki sedang santai di bawah kerusi sambil membaca akhbar.
"Encik,tolong pinjamkan saya wang RM10?Saya nak beli kereta Rolls Royce," kata Rionaldo.
Lelaki tu memandang Rionaldo beberapa ketika."Nah!Ambil RM20.Belikan saya satu."
kata lelaki itu selamba.

Cerita 2
AHMAd terlibat dalam satu perbicaraan yang membabitkan sejumlah tuntutan.Sebagai defendan,Ahmad bimbang akan kalah.Semasa sesi mahkamah berhenti rehat,Ahmad meluahkan rasa bimbang pada peguamnya.

Ahmad : habislah saya kalau kalah....
Peguam : Apa kita boleh buat?semuanya dalam tangan hakim.
Ahmad : Apa kata kalau saya hantar sekotak cerut import pada hakim tuh?
Peguam ; Eh,jangan!hakim ni tegas.Dia akan dakwa awak cuba memberi rasuah dan mengina mahkamah.

Perbicaraan pun disambung semula dan di akhir perbicaraan,hakim memutuskan Ahmad memenangi kes tersebut.

Ahmad : Terima kasih atas nasihat tadi.
Peguam : Kalau awak teruskan niat tu,saya pasti kita kalah.
Ahmad : Tapiii..saya teruskan juga rancangan tuh,.
Peguam : Apa!awak teruskan?
Ahmad : Ya!inilah sebabnya kita menang.
Peguam : Saya tak faham.!
Ahmad : Mudah saja. Saya hantar cerut kepada hakim dan selitkan business card plaintif