..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Friday, January 28, 2011

2 juta straw?Malaysia Book of Records?

Assalamualaikum wbt..

Sekadar berkongsi ngan semua..jom tengok logo ni..
First aku dengar dowang berjaya hasilkan logo terbesar guna straw..aku pelik ckit..
Apa yg menariknya?straw disusun-susun sebanyak 2 juta tuk jadi sebuah logo?
Dalam fikiran aku mesti straw-straw tu cuma dibaringkan..
tapi senanya bukan gitu..
straw-straw tu sume menegak..MENEGAK
camner ley gitu?
Pastu dibiarkan logo tu selama beberapa hari kat kwsn terbuka dengan hujan yg tak menentu tp stil kukuh?

Kowang nilai lar sendiri.huhu..
Ni aku snapshoot curi skit..hihi..








And..........

This articles in um-today..



KUALA LUMPUR 23 Jan. - Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya menghasilkan logo 1Malaysia terbesar menggunakan straw.

Logo yang menggunakan dua juta batang straw yang berukuran 20 meter panjang, 10 meter lebar dan 12 sentimeter tinggi itu merupakan hasil usaha 150 pelajar Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah.

Selain mencipta rekod, ia juga bertujuan membuktikan sokongan pelajar terhadap gagasan 1Malaysia yang mampu membentuk mahasiswa yang berinovasi dalam konteks integriti dan perpaduan.

Majlis pengesahan rekod tersebut dan sijil penyertaan daripada MBOR telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Datuk Nasir Safar.

Terdahulu dalam ucapannya, Nasir memuji usaha mahasiswa berkenaan dalam mengangkat darjat 1Malaysia sekali gus menjadi contoh terbaik untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar di negara ini.

"Usaha ini akan menjadikan mereka ini generasi modal insan kelas pertama. Ia juga memupuk semangat cintakan negara dan menyokong sepenuhnya gagasan 1Malaysia," katanya.

Menurut beliau, kerjasama pelajar Universiti Malaya merupakan platform terbaik untuk menjalinkan hubungan baik di antara pelajar berbilang kaum.

"Elemen perpaduan perlu dipupuk dan usahanya perlu diteruskan untuk menjayakan semangat 1Malaysia di kalangan rakyat," katanya.

1 comment:

Hanim Mahali said...

smartnya.... tabik springla kat siapa yang terlibat tu... sangat rajin...