..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Saturday, May 29, 2010

Tips Sana Sini Handbag

Salam..

Hari ni nak citer pasal handbag.Macam aku sendiri,dah tentu aku ada tas tangan..dlm bhs komersialnyer handbag gitu..Pempuan memang tak sah kalau takder handbag..tapi kalau bercerita pasal membeli handbag..
Sebelum tuh,aku salu lihat dahulu kepentingan tuk membawanya.Kekadang aku tak bawak bag tangan..just be simple cam lelaki.jeles aku tengok lelaki boley relax jer tak bawak ape-ape.jd aku cube praktikkan cam dowang iaitu dengan menyimpan dalam poket seluar..jika jalan ke tempat ramai orang..bawa duit yang nipis contohnyer note 50 or 100.tu pown lau macam-macam brg nak dibeli..Senang..tak yah berkepok-kepok kat poket.Dan i/c..lesen..kad bank ker..kad debit ker..sume simpan dlm poket.pilihlar poket yg agak besar dan tak bocor.ap pun..wlpun anda pempuan remaja dan berseluar tetapi jgn lupe tetap menggayakan dgn sopan gitu.camner gayanya nati kiter citer lain.huhu.

Bersambung tentang tips membeli handbag..ini cume pandangan dan pemilihan yang selalu aku lakukan..

First..
Apakah kepentingan pilihan handbag?

Yang selalu jd pilihan aku adalah yg besar-besar.lau kecik ade jugak tapi tak selalu guner..dan yang besar ni boley isi macam-macam..handbag besar penting lau nak pegi jauh.isi ngn telekung..kdg2 tak sempat singgah masjid kite akan singgah kat surau dan kebiasaan aku pegi,kebanyakan telekungnya berbau hancing daa.
Isi mesti kene ade alat make up..kate pempuan..
Penyembur pedas air tangan sendiri pown perlu ade..tapi kdg-kdg mals nk wat bawak je pisau lipat.
Kadang-kadang kopi pearl pown ader yang tersimpan separuh..guner separuh je mase minum.pergh.jimat punyer pasal..ker nak kate kedekut?aku kalau mkn pown lambat..jd minum sikit-sikit je..huhu.

Adakah perlu membeli handbag yang mahal atau yang murah?

Mungkin tengok darjat jugak..tengok lar artis-artis..tak kan nak beli murah jer..kate artis kot...Tapi ade juga yg beli sesuai dengan ketahanannya.(kalau beli mahal pown lepas tuh campak sana sini camner nak tahan..)
Aku salu beli yg murah-murah je..ikut kewangan as student lar..mak bapak gak yg bagi duit..dan sesi tawar menawar paling disukai..selagi tak dapat murah n tak wat sampai amoi tuh bengkek tak kan beli.haha.
Salu beli made in Masjid Jamek..heheh.beli pown kene jimat-jimat..nak beli yang mahal-mahal cube pikir masa hadapan handbag tu dulu..beli yang mahal-mahal pown tak boley digadai!lau orang bg yang mahal nak lar!demand gak upenye..hahah.ye lar kan..gila lar tak nak rezeki..

Lastly..apakah jenis bag tangan atau tas tangan pilihan bile cerita-cerita handbag..adakah taste anda yang sebeginih??



Bag tangan ni sesuai dipakai lau anda fanatik bola..tak pown boley pakai mase jln-jln kat tengah-tengah kesibukan kota.Bagus taw.Coz sape yg nak ragut bola??




Yang nih nampak tak logik jer nak gune.tak ade tahap keselamatan daripada diragut coz stil nampak cam handbag dan boley menarik perhatian peragut..terliur tengok tembikai!slurpp..makan pown sodap!


Woo..berani mati sesape yang memakainyer..sumer dy nak tunjuk..macam- macam ada..
Tapi cute lar..hekhek


Mak aihh..sesape yg rase dirinya seksi cam bibir ni je yg boley pakai..Versi Angelina Jolie.


Sebuah syarikat bernama BrihgtonNet memprkenalkan dua tas tangan menarik yang disebut “iPod bahu Tas” dan bag “iPod”.Setiap ciri saku khusus untuk iPod serta speaker yang canggih.Harga setiap handbag ini adalah ¥12,800.Berapa tuh dalam RM??
Poketnya adalah kulit sintetik, dan ciri terintegrasi 2ch speaker dan amplifier. Di tengah ada saku khusus, di mana iPod ditempatkan untuk main balik. Bahagian luar saku ini berselubung vinil,maka roda boleh digunakan tanpa perlu mengeluarkan iPod itu sendiri.

Berat keduanya adalah lebih kurang 800g sahaja!?



Haa..yang macam inilah pilihan hati.



Tas tangan macam ni memelihara alam sekitar..Boley cuba sendiri..ni versi kertas perekat botol coca-cola..ragu-ragu nak gune.Cuber lar gune perekat f&n ker..




Wednesday, May 26, 2010

Tagged!!Jom tengok siapa yang kena!


Salam..

Wah...eden kene tagged!!hepi...haha..mksudnye ade kengkawan yg boley terima tuk eden berblog di alam maya nih.Mekasih dari Nurhayati yang mengTAGEd eden,,huhu,tetiba bernogori sembilan cam Nurhayati.Sila lah lawat blog dy nih..blog bagus yg bnyk ley aku pelajari..pandai berbahasa arab jugak wo..okeylah..nak jawab soklan-soklan ni..jom layann..

1.Adakah anda happy sekarang??

Aar ar,.hepi kene tagged!dan aku mang hepi menggodek-godek dunia baruku skg iaitu dunia blogging..mang susah nak cabut punggung dari tempat duduk melayan blog-blog pelbagai cerita rakyat M'sia ni.

2. Kenapa anda happy?

Anda nak tahu?..dunia blogging memang menyeronokkan!bile aku jelajah blog yang pelbagai..mcm2 jgaklah cerita yg aku dapat yg kdg2 hati ngah panas ley sejuk bile jalan-jalan makan angin dari blog ke blog.

3. Apakah benda yang boleh membuat anda happy?

Soklan yg abstrak..aku try gak jawab.huhu.lau dlm berblogging aku hepi lau ramai yang mengKlik-klik kat blog aku nih..wlaupun baru je dlm bidang terjun nih..dlm khidupan pula aku akn hepi lau aku dapat ni..cube la klik!huhu.. angan2 laman web tuh.ade hati..hoho

4.Pernahkah anda menerima tag?

Opkos xpernah..sebab tu batak giler-giler mengklik-klik nih!peace!

5. Nyatakan warna yang anda suka.

Aku suke warna pink senanye.Tapi aku xsuke menunjuk-nunjuk yg aku suke pink.Kes ego gak lar,.haha..tu la pasal blog aku berwarna oren..wahahah.kantoi!

6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.

Wow.manyaknyer..aku segan nk tagged owg psl baru lagi nk mengenali kengkawan blogger.Tapi aku tanpa segan-segan akan mengtagged anda juga.Hahaha.

Ni dy...

1.Ajeera--ko wajib jawab tagged nih.hahaha

2.Kroll-----kroll aku bg kelonggaran pasal dy tengah exam skg..ingat,keloggaran bukan pelepasan ar.haha

3.Gadis Cahaya--wani jgn lupe jawab taw>>

4.Eita---ieta suke mengupdate blog mesti rajin wat tagged2 nih.huhu

5.Ahjep---aku nak tau sgt ape yg ahjep akan jawab tagged nih..layan ke xlayan ahjep?haha

6.Fila Lane---hek3..xpasal-pasal kene ngn sy yer,hehe..eratkan silaturrahim..

7.Masturah Idrus---masturah suke updated dan aku salu jenjalan kat sini.jawab taw.huhu..

8.Momokz---member yang suke seni.

9.Little lulu----jawab tagged ni yer..hekhek..

10.Mrs Jamal--dy baru je kene tag..huhu.kene lagi..

Hahahah..ni antara blog yg rajin mengupdate blognyer..teruskan berblog okeyh!

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe.

Orang-orang ni kebanyakan baru jugak dlm berblog..mesti rajn lagi nk jwb tageed2 nih..haha..

jeera ni member n bekas roomate n suke meluahkan ape yg dy ase kat blog..jadi mang suai sgt jwb tagged nih.

kawan yg lain adalah member yang minat dan syang kat aku..huahua.

aku suke jelajah ke blog dowang..

tu jer..xpanjang dan xpendek.

ley ka??huhu


8.Adakah anda happy dengan apa yang ada??

Heppy opkos!bersyukur...ni antara ape yg ade kat aku skg dan buat aku hepi..

1.Adenyer wireless kat umah yg memboleykan aku terjah - terjah kat blog anda

2.Dapat minum susu HL yang sy suke bleh didapati di pasaraya yg berdekatan..eh..hehe

3.Bersyuku ade orang yg suke singgah kat blog sana sini seni ni.marilah ramai-ramai memeriahkan yer..haha...sekian..

Wakenetaggedbeb!


Tuesday, May 25, 2010

Seni muzik nasyid..Wali band Subback

Salam..satu seni muzik persembahan live sempena Hari Guru kat sekolah ibuku..


Psst...aku ase wali band berjaya mengikut rentak remaja skrg yg sukekan hiburan..lagu2nye dpt memberi nasihat pd sume remaja juga cikgu ni!hehe..

Senyum Kambing ~Part 1~


Cerita 1
Setelah menyimpan wang selama 10 tahun,Rionaldo ke bilik pameran Rolls Royce untuk memeli kereta idamannya itu.Malangnya selepas dikira wang yang dibawa , didapati kurang RM10.
"Tunggu sekejap." kata Rionaldo kepada jurujual.
Dia terus menuju ke tepi jalan raya untuk mendapatkan seseorang yang boleh meminjamkannya wang.Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki sedang santai di bawah kerusi sambil membaca akhbar.
"Encik,tolong pinjamkan saya wang RM10?Saya nak beli kereta Rolls Royce," kata Rionaldo.
Lelaki tu memandang Rionaldo beberapa ketika."Nah!Ambil RM20.Belikan saya satu."
kata lelaki itu selamba.

Cerita 2
AHMAd terlibat dalam satu perbicaraan yang membabitkan sejumlah tuntutan.Sebagai defendan,Ahmad bimbang akan kalah.Semasa sesi mahkamah berhenti rehat,Ahmad meluahkan rasa bimbang pada peguamnya.

Ahmad : habislah saya kalau kalah....
Peguam : Apa kita boleh buat?semuanya dalam tangan hakim.
Ahmad : Apa kata kalau saya hantar sekotak cerut import pada hakim tuh?
Peguam ; Eh,jangan!hakim ni tegas.Dia akan dakwa awak cuba memberi rasuah dan mengina mahkamah.

Perbicaraan pun disambung semula dan di akhir perbicaraan,hakim memutuskan Ahmad memenangi kes tersebut.

Ahmad : Terima kasih atas nasihat tadi.
Peguam : Kalau awak teruskan niat tu,saya pasti kita kalah.
Ahmad : Tapiii..saya teruskan juga rancangan tuh,.
Peguam : Apa!awak teruskan?
Ahmad : Ya!inilah sebabnya kita menang.
Peguam : Saya tak faham.!
Ahmad : Mudah saja. Saya hantar cerut kepada hakim dan selitkan business card plaintif


Monday, May 24, 2010

Orang jahat vs orang baik


Salam..
Actually nak kongsi satu citer yg aku bawu tengok tem last2 minute..cerita omputeh..mase aku tuka2 channel kat tb tuh tibe2 ade citer yg agak menarik perhatian aku..

Seorang lelaki yg aku namakan Owen(xigt name watak dy dlm citer tuh.huhu),mase aku tengok tuh dy sedang berlari2 cam menuju satu misi penting,sambil tu ade prolog dy ckp dalam hati camni.
"Aku kene laju dan tak boley biarkan Michel mencabut nyawa orang yg tak bersalah.tapi aku tak dapat berlari sepantas seperti semasa aku jadi sorang pencuri dahulu.Sebab tu la aku termengah-mengah lari camni."
Akhirnya smpai lar si Owen didepan umah Michel dan mengetuk2 pintu meminta Michel memberhentikan perbuatannya yg ingin melancarkan bom dan juga misinya untuk menyelamatkan oang ramai tuh..
Tapi Michel tidak menyaut dan kedengaran bunyi2 welding yg membuatkan Owen makin cemas kalau-kalau Michel sedang memulakan pelancaran bom.Akhirnya dy mengetuk dan menolak sekuat hati pintu umah Michel dan menjerit berkata,
"STOP!!tolong berhenti Michel..awak xboley buat kerja gila macam ini.Bukan semua orang diluar sana itu jahat seperti saya!"
Michel yang sedang memegang welding dan terdapat sebuah alat seperti pelancaran bom memandang Owen dengan penuh kehairanan.
"Kenapa dengan awak ni?ini adalah roket kepunyaan saya supaya saya dapat pergi dari dunia kejahatan ini.Dan awak menganggap sy seperti orang jahat?."
Owen terkedu dan dy berkata"Sy tiada jawapan untuk soalan awak"
Pada masa itu juga Michel memandang Owen dengan penuh kehairanan pula dan berkata,
"Hey..awak datang ke sini dimana sy akan melancarkan bom.Awak sanggup menghalang sy daripada melancarkan bom ini demi menyelamatkan orang ramai diluar sana.Awak seorang yang baik!.Ya..awak memang baik.Ini bermakna memang betul bahawa bukan semua orang jahat itu akan jahat selama-lamanya!."
Michel memeluk Owen dengan seribu makna..dan endingnyer Michel tak jadi membawa dirinya ke angkasa semata-mata untuk menjauhkan dirinya dari orang jahat manakala Owen pula berubah menjadi baik untuk selamanya.

Dah abis bace citer ni?
Senanya aku nak mintak pandangan kowg coz tak engok citer ni dari mule.Cam best je.Boley mari same2 kita cari jawapan dalam cerita ni?

1.Adakah Owen tidak pernah keluar daripada rumahnya?
2.Bagaimana Mihel boley berubah jadi baik?
3.Apakah tajuk yang sesuai dgn dari cerita ini?

Okey lar,3 soalan je yg aku nak mintak pendapat kamu semua..
Pengajaran secara umum yg aku dapat walaupun tgok disaat-saat akhir adalah 'Bukan semua orang jahat itu jahat selamanya dan bukan semua orang baik itu akan baik' selamanya.
Sana Sini Seni..wah..tibe2.

Saturday, May 22, 2010

Koc Merah Jambu Dan Adik Perempuanku

Sonok dan tenang negok kakak-kakak ni yer..
(gambar dipetik dari Utusan Malasia Online)


Esok adalah Hari Baru bg seorang gadis lepasan SPM..iaitu adikku..akhirnya dy lak yg melagkahke alam U kat area KL..tahniah2 dari aku yg suke buli ko..ape pown ko mang adek yg baik sis!

Aku juge senanye ase gembira jugak biler terbaca berita pasal komuter khas untuk wanita,.jd anak-anak gadis,ibu-ibu,nenek-nenek measti sonok nak naek komuter pasni..Lebih selamat untuk kami yg pmpuan ni nak naik komuter..Mane taknyer..mang azab lau pmpuan naik komuter berhimpi-himpit dengan lelaki dan em tuh ade gak yg nk amik ksempatan..perghhh..gewam tul..tapi syg mungkin aku jrg nek komuter cute ni..lau nak tau Koc Merah Jambu ni disediakan di laluan Sentul-Pelabuhan Klang untuk fasa yg pertama bermula sejak 15Mei lalu..
Tahniah aku ucapkan pada KTMB(Keretapi Tanah Melayu Berhad) yang menyediakan pengangkutan ini walaupun senany ad lagi negara yg lebih dahulu menyediakan perkidmatan khas ini.
Jadi marilah memeriahkan lagi Koc Merah Jmbu ini.huhu..pasni nk ngade2 nek saje2 lar asenye..hehe..ajak kawan-kawan taw...

Wednesday, May 19, 2010

Aku Bukan Awekmu tapi HambaMU

Salam..

Tertarik ke kowang bab2 nih.jangan tipu hati ar beb.Lagi-lagi yang mencari dan mengejar cinta duk try n error..Anda penah jatuh hati atau jatuh cinta.Bagi aku wanita dan lelaki tak lari daripada perasaan ini.Entry ni lebih kepada anda para remaja dan belom berkluarga.Bapak2 ibu2 yg da kawin pun boleyy jugak join..haha

Ni haaa..dalam diam anda meminati seseorang.Dari dulu sampai sekarang anda meminatinya.wei somat..aku da lame tul usya dy nih..tapi tiada jawapan.(Comey sgt lagu tobat maksimat wahai somat dari wali band tu).Jika tidak sudi jangan dikejar jika banyak benda laen lagi yg perlu dikejar.

Banyak faktor untuk anda jatuh cinta.Kerana peribadinya kah,kerana kehensemannya kah,kerana pandainya dia memasak kah,kerana kewanganyya kah,kerana kesolehahannya kah,atau kerana kebaikannya.Semua itu adalah lumrah sementara.Jika peribadinya berubah menjadi menjengkelkan,jika masakannya sudah tidak ada rasa masin manis,jika kehensemannya berubah dek accident yang tidak lagi sejuk mata memandang,jika kesolehahannya berubah kejutan budaya yang tidak sihat,jika kebaikannya berubah jahat sekarang ..adakah anda masih boleh menerimanya.

Pendapat aku,asenya jika benar cinta itu sejati anda tidak mengerti apa yang anda suka tentangnya.Boley camtu?Jodoh perlu dicari dan agama menyeru mencari jodoh yang ada pegangan agama,keturunan yang baik,cantik dan berharta.Namun hakikat sebenar,andai dia adalah jodoh,kemungkinan seorang penyangak juga boleh menjadi jodoh kita.Dan yang soleh yang anda idam-idamkan bukan jodoh kita.Betapa baik dirinya pada pandangan anda dan dy mungkin melamar anda, tetap tiada perasaan untuk menerima dirinya.Itulah hati,hati tidak pernah menipu.Tapi kita yang sering menipu hati dengan melihat hanya dengan mata.(solat istikharah da wat?)

Untuk berfikir lebih logik dan tak terlalu poyo,mang yang baik itu perlu dalam mencari jodoh dan yang sedap dipandang atau apa-apa aje yang wat hati terpaut.,namun setelah mengenalinya dan terdapat kekurangan pada dirinya,adakah masih lagi kita ingin dengannya dan terus bimbing dy.Jika tidak mampu gak,doa untuk kebahagiaannnya adalah yang terbaik.

Kereta yang dah rosak,,andai bumper yang calar masih boleh dicat,warnainya dengan cat walaupun murah atau mahal harga cat tersebut.

Aku sangat sangat beruntung dpt mencintai dan dicintai selalu……(jgn muntah dpn laptop anda..n jgn slh fhman.hahah)

Tuesday, May 18, 2010

10 Binatang Jadian Tangan

Salam..
Tangan manusia yang mengerjakan tangan sendiri dengan lukisan seni..
Nampak kreatif tapi cam xder keje je erk..hehe..ap pun..aku teruja tengok..
Bagus jugak lau ley jadikan cam wayang kulit versi terbaru..wat cerita teladan haiwan untuk kanak-kanak..

Akulah zirafah cover cun..

Apa kowang pandang-pandang

Aku hulurkan salam..

aku nampak jaguh!
tapi syg aku bukan helang sebenar..

Inilah GAJAH DUDUK

King of Eagle

Macho tak muke aku disemadikan dlm lukisan?

Ase nak bersin lar


Saya swan yang menawan

Facebook Dan Aku


Salam..

Hoho..Tak ada FACEBOOK(bukan sebab rajinnya aku FACE THE REAL BOOK)..kolotker aku??

mungkin bukan aku seorang yang tiada akaun facebook.

Bahkan ramai juga yang tak ada FB mungkin kerana memboikot facebook ni.

Ape pun aku tak boley nak berbicara tentang soal hukum hakam halal haram yang belum lagi aku dalami juga kerana bukan sorang yang terlalu mahir tentangnya.

Walaupun besar akan kemungkinan adanya agenda disebalik yang GAH ini.Same je cam Friendster n lain-lain.

Setiap mereka punya alasan sendiri dan camtu jugak aku.Mungkin juga yang tak ada ‘FB’ coz ‘BF’ tak bagi wat akaun tu..macam-macam la kowang.

Apa yang penting aku bukan lah memboikot FB.Bergantung cam mana cara kita guna sama ada tuk kebaikan atau keburukan.

Tidak dapat dinafi sememangnya jaringan ini mempunyai banyak faedah kerana dengan facebook lah menemukan anda dan kawan-kawan lama anda.Kawan gaduh,kawan baik,kawan yang duk belakang meja kat kelas..maupun ley jumpa lagi cikgu yang salu kowang tido dalam kelasnya,sume kita boley temui.Kalau ada cikgu2 yang anda add,mang aku salut..dan dari FB gak anda boleh menarik ramai kawan untuk mengklik iklan kat blog anda.heheh..selain itu juga dapat bertukar-tukar pendapat dan ilmu pengetahuan.dan kebanyakan maklumat ley dterima dgn cpt..yg cpt2 ni yg haku isau..huhuh

Berbalik apasal aku sowang tak ada,sedangkan kawan-kawan lain sume sedang chat sesame dowang sekarang..upload photo,tagged photo,bagi komen2...aku je yang tertinggal untuk menikmati semua tu.Senanya aku jujur ngan kowang aku tak rajin wat sume benda-benda tu.Aku sangat puas jika kata-kata yang aku luahkan kat cni sampai de hearty anda.Kata-kata yang aku lontar dalam coretan camni bukan je untuk saja-saja nak mempopularkan diri tapi supaya anda dapat kenal siapa aku..malahan setiap kritik,pendapat atau pandangan dari anda sume semoga dapat memberi manfaat dan perluasan minda.

Ianya aku harap boleh bersifat untuk jangka masa panjang.Jika aku ada akaun FB tapi sekadar klik add as friend tanpa had,asenye aku lebih suka untuk berkawan yang boley berkongsi lebih banyak benda.Di mana dalam blog camni juga dapat tingkatkan hubungan yang lebih berkualiti,semangat untuk saling berkongsi,meningkatkan kemampuan catatan pena juga melembutkan jari-jari menaip atas keyboard.

~~mungkin ader yg nk pengaruh aku pasni..berani?cubalah!

(@-@)

Tuesday, May 11, 2010

Seni Pasir..Did you know?Jom layan ni video

Salam...
Pernahkah anda melihat manusia pasir?hehe..
Aku nak tunjuk something yg sgt halus..orang wat seni melalui pasir..hope kowang enjoy..aku mang suke mende-mende camni..huhu..
p/s:Nampak cam xder ape kn?Klik je play tuk lihat..

Monday, May 10, 2010

Apa Yang Anda Mahu



Salam..

Wah..banyak benda yang aku mahu….







tapi ini bukan sebarang mahu..

Mahu dengan mengetahui dengan jelas apa yang anda mahu.

Anda mahu kereta idaman like sWift?atau kekasih halal yang okeyy?..ngehngeh.

Kemahuan aku yang paling utama bukan saje dari segi material stabil, perasaan or feeling yang stabil,bahkan satu hari nati kerjaya yang stabil...

Kita sering menarik benda yang lebih negatif dengan berkata tidak,jangan atau bukan,bahkan tak nak!

Sebagai contoh,anda atau lebih-lebih lagi saya seorang yang kuat tido.Asal ader masa terluang je tido.Asal tido je masa tu ar yang terluang.Tapi kita ingin berubah.Kita ingin membuat azam baru.

Bagaimana cara kita sering membuat azam?kita selalu berkata dalam hati, “Selepas ini aku tak nak kuat tido lagi ” dan dah bernekad nih.Dah tanam azam sampai ke lubuk hati nih.Perhatikan perkataaFont sizen tak nak tu.Ha..perhati ar..tengok-tengok….

Tapi akhirnya kita tetap kuat tido jugak.betul tak…?tak caye kowang ley try wat azam camtu.senanya cara kita mengset minda sebegitu akan menarik lebih-lebih lagi untuk lebihkan tido punya nafsu nih.

Sekarang jom kita ubah mindset dengan berkata,

“Selepas ini aku akan bersenam untuk mengisi masa terluang”..

nak senam pun susah gak tuh weyh..senam ni,pagi or petang ar punye citer kan.ley tuka..

"Selepas ni aku akan bermain dengan anak kucing or anak konda or apa-apa aje untuk mengisi masa terluang”contoh je…

Yang paling salu aku wat “Selepas ini aku ingin mendengar radio sambil surf internet untuk mengisi masa terluang”

Ya…itulah yang anda mahu.Anda mahu mengubah diri dengan meletakkan apa yang anda mahu dan bukan dengan berkata tak nak,tidak, bahkan tidak tahu pun apa benda yang anda ingin lakukan tuk berubah.

Untuk sape sape yang yang nak nak cari calon pasni ley wat wooo..haha.apsal gagap daa.,ape pun,not every body is perfect bak kata owang dalam loghat english..baik dan buruk sesuatu itu adalah ‘Apa yang anda mahu’.Apa pun jangan takut berkata tidak tuk sesetengah perkara.

p/s= nak tau lebih lanjut anda boleh tingkatkan bacaan-bacaan buku tentang motivasi. .psst..nak jd rajin lak wehhh..sje wat entry ttg motivasi ni.

Sunday, May 9, 2010

Kisah seorang guru

Salam..
Haha.aku minx kebenaran dulu sblom upload gmbr nih.huhu.ye la...ktowang kn cun2..huahua.Aku nak bagi semangat ckt kat kwn aku nih..fay..yg duk tgah2 tu.Sok dy start jd sorang ustzh..ustazah tuh..aku ase mang ustazah yang otai..jgn kne buli ngn dak2 suda.hehe..ko buli dak2 xpe k.bagi dowg keje umah bnyk2..ye ar,bebudak sekolah skg ade yg kurang ajr ckit ble ader ckgu baru ni.Ap pun,jd guru gnti ni mang akan dpt pengalaman ar,dpt tingkatkan keupayaan bcakap dpn orang ramai..tahniah..semoga success jd guru terbilang dan gemilang!!yeah!agak poyo aku ni.haha.
Aku dan Leya pun akan mnjadi seorang guru,guru yg mengajar adik-adik kat umah basuh pinggan dan memasak Juga mengajar anak-anak buah melipat kain..sekian dari Aku.huhu..baiklah..cikgu nak chow dlu,kamu jgn lupe buat keje umah yg sy bg tu.


Minat bermotivasikah anda

Salam..

Jom santaikan minda dan fikiran anda rini dengan motivasi..amik masa tuk bermeditasi,tenangkan fikiran dan xpun, bace ap yang aku nk bebel ni..santai beb.hehe.

Motivasi dalam diri ni datang tak kira sama ada dari orang lain atau diri sendiri.

Pentingnya ia supaya diri selalu terus ase semangat..mang setiap hari kita akan temui bermacam ragam kerenah manusia sama ada positif atau negatif.

Mungkin jugak bagi seorang penternak ayam dengan ragam ayam-ayamnya.Dan pakcik drebar bas sekolah ataupun universiti dengan ragam pelajar-pelajarnya.(terlabik ker?)kuikui..

Cammana untuk menghadapinya perlunya minda yang positif juga emosi yang positif..jugak bersangka baik sesame kita tuk mencuci hati.

Tapi sekarang aku nak citer cara hidup zaman sekarang ni yang perlu berfikir negatif dahulu sebelum positif.Hah..camne lak tuh kot..?supaya diri xmudah ditipu..contoh lau anda beli laptop dan selepas itu si penjual tu tawarkan anda untuk jadi ejen dy dengan tawaran bonus.Benda yang dy suruh kita wat adalah simple dengan memperkenalkan kat kawan-kawan sesiapa yang nk beli laptop harus beli dengan dy dan kita akan terima komisen.So kat sini perlunya ada senarai negative tuk tak tewus menerima pelawaannya.Bagi aku,yang pertama aku fikirkan adalah ianya berkaitan duit.Adakah aku terlalu memerlukan duit?jika tidak,xperlu untuk aku terima.Jika ya memang aku memerlukan duit,anda perlu fikir banyak lagi cara lain untuk aku peroleh pandapatan selain menerima pelawaan dari orang yang kita baru kenal itu..tul tak member?

p/s= sok aku kan bercuti ngn family.Hepi enjoy sume!!

Saturday, May 8, 2010

Seni Terindah Dunia Adalah Ibuku!Selamat Hari Ibu!













Buat emak ku...aku sayang sayang sayang banget kat mak..maafkan anakmu salu menyinggung perasaan dan kewibawaan mak.Hari ni mak pegi kuliah pjj.Itulah mak aku,msih lg membara untuk menuntut ilmu.I'm saluut!Mang xpatut lau aku nk jd mls tuk belajar.juma..dush2!
Mak adalah anugerah terbaik terhebat dalam Seni Hidupku.
Amacam anda sume,,da tepon mak kat kg lom?lau selama ni anda boley kuakan ayat-ayat jiwang tuk awek..cuba kali ni anda luahkan ase sayang untuk ibu anda..I LOVE YOU MAK..MUMMY...IBU..UMMI..or ape-ape panggilan tuk sekalian Wanita yang penah bersusah payah mengeluarkan anda dari perutnya..
Ingat lagi masa kecil aku mang nakal.penah hilang kat pasaraya Ocean,Seremban..mase tu,aku berumur 5thun.Mang aku suke dan rambang mate bler pegi ocean tu.Pasal kat ctu bnyk rak yang tirainya berwarna warni menarik minat aku dan adik main nyorok-nyorok weh..huu.mende ar dak-dak ni..eh,aku ar tu.huhu.Ap lg,sdg mak aku sibuk mmilih pakaian,aku mungkin kebosanan pd mse tu,memulakan projek nakal.Aku main nyorok-nyorok kat bawah slh sbuah rak baju..lame gak aku bertapa dlm tu nunggu adik aku..akhirnya aku kua jugak..ble aku kua je,nengok sekeliling mak ayah adik aku da hilang dari pndangan..uwaaaaa!ngis skuat hati ar aku.ish2 comot tul..aku jln merayau-rayau smpai ke luar.Last2 ade la pkcik cina ni tnye kat ak npe ngis n mane mak ayah..aku mane la tau..tau ngis je..huhu.uncle tu bwk aku naik beca dy dan jerit tnya ni anak siapa..siapa punya anak!siapa punya anak!..malunyer lar..nseb aku comot dy xnk culik.huhu.Last2 mak ternampak aku..dy berlari laju nak ambil aku dr uncle tu.Muke mak opkos lar anda dpt bygkan seorang ibu yg khlangan anak cmner..Alhamdulillah aku masih lg jd anak mak dan bukan jd anak uncle tu smpai skg...huhu...pastu taubat maksiat tewus aku kne tocher kat umah.Tewus jd baik.haha.
Aku nak tewus berada disisi emak salu.....terima kasih mak!

Al kisah ex roomateku dan KAMI


Musim cuti da mule..roomate aku mungkin da jrg kat depan mate lg..xsangka aku dpt jumpe kowg-kowg nih..kowg wat aku ceria..sunyi dh blok camellia pasni...haha.tapi kowg mesti sambung wat bsing ag sem dpn.aku stil ag terkontang kanting.toing-toing!

KAMI lah budak-budak kuat makaN.

Biler KAMI lapa,KAMI suke menyinggah kedai seven bukan eleveN

KAMI juga yg meLakukan brg kat kedai koperasi DAYASARI.kan kan kawaN2?

Hari-hari KAMI makan kat dewan makaN.

Hari-hari KAMI bercerita bnyk somethiN.

Hari-hari KAMI gumbira ketawa tapi bukan meroyaN.

An An An..

KAMI punya bilik adalah paling meriah..ciap ader ramai roomate angkat.Antara roomate2 angkat KAMI ialah cumi..nori..sya…bukan tu je,bantal dowg pun lepak sekali.haha.Dowg yg dtg cni penah ckp,dtg blik KAMI,hilang masalah.Pasal masalah dowg pindah kat KAMI..tu gurauan salah sorg dari KAMI.Pastu ap lg,berdekah la!haha.Masalah pun hilang.

KAMI lah budak dari blok bukan 404 tapi 204…AyU.JuMa.JeErA~~~~