..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Monday, October 24, 2011

Memori Stawberi

Assalamualaikum w.b.t

Sihatkah anda semua..sihatkah ibu bapa anda disana?
Sudahkah kita mencium pipi mereka?sungguh aku merindui saat itu.
manusia dan jodoh saling bergantung dan berkait rapat.. dengan tak disangka bertemu dengan pertemuan yang penuh keikhlasan..
MyEm0.Com
memberi impak dan perubahan yang besar dengan nilai-nilai kemanusiaan..
kuasa yang diberikan pada kita hanya terhad untuk menentukan kesempurnaan tanggungjawab itu dipikul..
Allah berikan hati dan akal supaya bersatu dalam menuju kejalan yang lurus.
terfikirkah kita bagaimana menentukan siapa diri kita pada masa akan datang?
bagaimana menghadapi setiap dugaan yang tidak berbau.bukan sahaja malang yang tidak berbau..
Kita sering terpana dek keindahan yang kadangkala diliputi seribu kecelaan.kadang kita tidak sedar kecelaan itu mempunyai panahan kemilauan yang meliputinya.kerna itu manusia sering terperangkap dengan permainan-permainan duniawi.
MyEm0.Com
Belacan itu busuk!pedas!
Tapi dah tau pedas dan ditelan hendaklah lagi!
Seringkali kita melihat nasihat itu ingin menjatuhkan air muka,seringkli kita menganggap ianya bebelan yang panjang..Pernahkah kita tahu nasihatnya itu tanda dia menyayangi saudaranya..melindungi saudaranya agar tidak tergolek ke dalam jurang itu.
Mendekatinya dengan penuh keikhlasan dengan menghulurkan sebiji buah strawberi itu akan dikenang seumur hidupnya.
Bukanlah strawberi itu nyata dan zahir namun mengungkapnya dalam perungkapan lagi.
Menganggapnya begitu mendalam dalam jauh sanubari menghembuskan dengan helaan yang panjang dan mendamaikan.
MyEm0.Com






Monday, September 19, 2011

EQ vs IQ


Assalamualaikum wbt..

Sedikit perkongsian tentang Emotional Intelligent.
Mungkin selama ini kita hanya mengetahui IQ iaitu kecerdasan minda.namun sebenarnya EQ adalah lebih penting bagi seseorang individu.


Konsep EQ atau ‘Emotional Intelligence’ atau kecerdasan emosi ini adalah satu konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ. Goleman menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya. Pendapat ini adalah sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih daripada kecerdasan otak (IQ) sahaja untuk lebih berjaya dalam hidup – seseorang mistilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan berhubung dan berkominikasi dengan sihat dengan orang lain.

Saperti yang telah disebutkan lebih awal dalam modul ini, sekiranya dilihat dari konteks yang lebih syumul, Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam telah menyatakan dengan jelas bahawa;

Dalam badan manusia itu ada seketul daging,

Sekiranya baik daging itu,

Maka baiklah badan itu,

Sekiranya busuk daging itu,

Maka busuklah badan itu.

Dan daging itu adalah hati.

Dapat dilihat bahawa peranan hati yang menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ) itu mempunyai pertalian yang bagitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman tentang peranan EQ dalam menjana kejayaan seseorang dalam hidup ini adalah tidak dapat dinafikan.

Menurut Mayer dan Salovey (1993), pelopor yang mula-mula memperkenalkan konsep EQ ini;

“Emotional Intelligence allows us to think more creatively and to use our emotions to solve problems. Emotional Intelligence probably overlaps to some extent with general intelligence”

Mayer dan Salovey seterusnya menyatakan bahawa;

The emotionally intelligent person is skilled in four areas: identifying emotions, using emotions, understanding emotions, and regulating emotions.

Konsep ini menjelaskan bahawa seseorang yang berupaya menjelaskan atau menyedari emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya, dan mengawal emosinya dalah dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ).

Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau menyatakan bahawa EQ mengandungi beberapa faktor: memahami emosi sendiri (knowing one’s emotions), kebolehan mengendalikan emosi (managing one’s emotion), memotivasikan diri (motivating oneself), menyedari emosi orang lain (recognizing emotions in others), dan mengendalikan hubungan sillaturrahim dengan orang lain (handling relationships).

Dari interpretasi penyataan di atas berhubung dengan EQ, dapatlah di fahamkan bahawa kecerdasan emosi “is a type of social intelligence that involves the ability to monitor one’s own and others’ emotions, to discriminate among them, and to use the information to guide one’s thinking and actions”.(Mayer & Salovey, 1993). Mayer dan Salovey menkategorikan EQ kepada enam domains:

· · Kesedaran kendiri (self-awareness)

Satu kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan dapat memberikanya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran, perasaan, dan tindakan. Sedar tentang pemikiran yang mana (jenis apa) yang meransangi perasaan tertentu. Sementara sedar pula apakah perasaan yang akan terbit akibat satu-satu tindakan itu.

· · Mengendalikan emosi (managing emotions)

Adalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada disebalik satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan mempunyai satu kesan yang kuat kepada kebolehan seseorang bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi oleh fahaman negatif. Harapan dan rasa optimis, sebaliknya, adalah satu harta yang amat berguna dalam menjana kejayaan. Adalah penting kita mencari jalan meredakan perasaan meluap kerana marah atau kecewa. Kita cuba memahami apa yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak bila tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak tentang akibat baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

· · Timbangrasa (empathy)

Kebolehan menguasai sesuatu keadaan dan boleh bertindak bijak memerlukan keperihatinan kita terhadap perasaan orang lain dan melihat sesuatu dari kacamata orang lain. Timbang-rasa atau ‘empathy’ yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita terlalu emosi (emotional) adalah penting. Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain dari tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah amat penting.

· · Berhubung (communicating)

Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunya kesan positif kepada semua yang terlibat. Sedar tentang apakah jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegirangan dan pengharapan adalah kait-berkait sama juga halnya dengan ‘pessimism’ dan perasaan negatif. Kebolehan melahirkan perasaan atau pendapat tanpa melahirkan kemarahan atau kedongkolan adalah kunci kepada sesuatu kejayaan.

· · Kerjasama (cooperation)

Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak mejadi ketua atau pemimpin dan bila pula menjadi pengikut adalah amat penting kepada konsep kerjasama (cooperation). Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak kepada paksaan atau kuasa tetapi lahir dari kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat bekerjasama antara satu dengan lain dengan baik untuk mencapai satu tujuan bersama. Menyedari tentang kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan dalam menghasilkan satu-satu kebaikan daripada memberi arahan atau mengkritik. Pada ketika yang sama, adalah amat perlu kita menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menyedari kesan atau akibat dari keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen yang tidak berbelah bagi.

· · Menyelesaikan konflik (resolving conflicts)

Dalam menyelesaikan masalah kita perlu memahami mekanism yang hendak digunakan. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dihantui atau terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara lebih rasional. Penyelesaian kepada konflik boleh dicapai dengan menggunakan kebolehan emosi (emotional skills) seperti apa yang telah dibincangkan di atas.



Monday, September 5, 2011

Oh Raya Oh Merdeka Oh bertunang?


Assalamualaikum wbt

Salam aidifitriiii............hehehehe
Aku minta maaf banyak tak dapat update salu sekarang.ceh...bajet macam blog aku nih famous..lalalalalala...
act..gambar kat atas tuh pakcik aku bertunang..Lukman hakim dan Nurul shahira..
Selamat bertunang aku ucapkan..sweet je...
moga kekal sehingga ke jinajang pelamin..aminnnn
Semoga lebaran kali nih membawa sejuta keberkatan pada diri kita semua..
terutama sekali pada seluruh keluarga juga sahabat handai andai diriku ini pernah tersalah kata dan juga perbuatan..
Harap diampunkan dan aku juga perlu mengikhlaskan diri untuk saling maaf memaafi...
Selamat menyambut Bulan kemerdekaan juga buat seluruh rakyat malaysia..
Dengan itu jom ramai-ramai mendoakan agar negara kita sentiasa aman dari sebarang ancaman..
Zaman sekarang penjajah sebenarnya secara halus telah menjajah diri kita..
penjajahan dari segi minda yang paling ditakuti sebenarnya..
secara tidak sedar,generasi sekarang terlalu banyak pendedahan dengan bermacam jenis saluran..bukan saja masalah melibatkan remaja bahkan pelbagai masalah timbul seawal dari kanak-kanak.
sama-samalah kita memelihara pemakanan minda dari diracuni olehnya.siapakah penjajah itu??
Fikir-fikirkan dan rentung-rentungkan..ahahahah

By the way..kat sini aku nak selitkan sikit recording..saja suka-suka..record tak abiss..waaaa..tak hapal part yang akhir.ahahahah..
moga blog aku nih menjadi tempat aku simpan segala kenangan..lagu apa??ahah.lagu ni aku tengah gila sukaaaa..
melodinya sungguh indah dan menarik..



video

Monday, August 8, 2011

RUSSTUTU wish RAMADHAN

Assalamualaikum..

Korang..ada satu toys yg aku nk jugak carik..nak nak nak...tapi tak tau nak beli kat mane...this toy...eheheheheheheh..nama dy aku nk bg nama RUSSTUTU..





Dengan ini RUSSTUTU nak ucapkan kat semua SALAM RAMADHAN...



Pejam celik tolong terbeliak jugak dah seminggu kita menunaikan ibadah puasa..
sebelom pose lagi mang banyak msj tentang ramadhan yg aku terima yg nk shre sikit kat sini..

Saya SYAABAN,saya ingin mengingatkan bahawa sahabat kita..RAMADHAN akan datang menziarahi kita sekeluarga bila2 masa sahaja lagi.Dia datang bersama isterinya REZEKI dan juga anak-anaknya...SAHUR dan IFTAR serta 3 orang cucunya iaitu RAHMAT , BARAKAH dan KEAMPUNAN. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat TAQWA airlines.Marilah kita menyambut dan menghargai kedatangan mereka..SALAM Menjelang Bulan Mulia..RAMADAHAN AL -ALMUBARAK

SWEET KAN FAMILY RAMADHAN?

Korang semua...khususnya yg beragama Islam..
Aku ucapkan

Selamat Berpuasa...

Selamat Menunaikan Ibadah

Selamat Menahan diri dari lapar dan dahaga

Selamat Mendidik Hawa dan Nafsu yang Mutmainnah











Wednesday, June 29, 2011

Nak Keje Ker Duk Umah jerrrr...huuuuhh

Lately aku sibuk menyibuk nyibukkan diri untuk majlis perkahwinan pakcik aku hari Ahad lepas tanggal 26 jun..bertempat di kampung tebuk jawa.majlis tuh memang HOT lar..berkat yg sebanyak 1200 tuh mang habis...sumer tuh hasil aku ngn nenek yg menggagahkan diri menjemput mereka sdari segala pelusuk..hehehe..berbaloi lar dengan usaha tungkus lumus nenek aku..dia banyak berkorban untuk anak-anaknya..aku tukang drebar jer lar..follow jer nenek nk pegi mane..lagipun aku yg cuti 4 bulan,sekali sekala jer nk tlg family..dari carik daun bawang,tempe,cili kering,kerang...dan alhamdulillah majlis tuh berjalan dengan baik punyaaa!!!

rasenye dah dua bulan aku kat rumah,cuma lepas kenduri ni baru terfikir balik nk carik keje ker..smlm mak cdangkan kat kedai besfren amoi kat kedai baju tuh..tapi bile aku pkir dgn gaji basic 450,lom lg tolak wet mkn minum,wet minyak kereta lg..perghh..keje lak sampai kul 10,aku tak pandai nek moto weyhh..hahahaha...last2 nanti sume perbelanjaan tuh mak abah gak yg bagi..xmo lar..bek sekalikan jer belanja tuh ngn adik-adik aku sekali..masak tengahari kat rumah..noooop..aku bukan nk sgt demand gaji lebih..tapi senanya aku xminat keje tuh..aku nk carik pengalaman jadi cigku kat mane-mane sekolah senanya..dah rancang tp xder rezeki daa..lagipun skg susah nk dapat guru sementara jer..apatah lg ganti cikgu-cikgu cuti bersalin kat sekolah kementerian..cam SRA takder plak yg kosong..so skg tinggal 2 bulan sahaja cuti...pastu aku terpkir lagi,nanti bulan pose alahai tinggal sebulan jer kot...sangat tak best lah berbuka dekat tempat keje tuh..uwaaa.nk jugak masak-masak..sediakan makanan tuk berbuka...tolong...aku nk masak makanan-makanan kegemaran akuuuuuuuuuuuuuuuu...mknn kegemaran family jugak larrr.


Sunday, March 13, 2011

MU Sing ''MIHRAB CINTA"

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1malaysia

Ini cuma akan menjadi koleksi-koleksi dalam hidup aku sebenarnya.
Hujung minggu tanpa ada yg menemani dibilik,membuat agenda sendirian..haha
Vid ni saje buat untuk hilangkan sepi keseorangan..
Sengaja aku letak dalam blog supaya ia kekal tuk sepanjang hidup aku.ngeh2.
Segan nak bagi orang lain tengok vid ni senanya..hihi..maluuuuuu...fisrt time letak nih.
Emmm..asenye korang pon tak nak tengok kan kan kan???mencari publisiti ke?
oh..no...takder dalam youtube pon..jgn carik lak yer.hehe
Lagipon..gerenti lambat loading nih..tapi lau sudi nak membazir masa tengok jugak,hope korang jangan gelakkan aku yer..hihi..
nak gelak pon belakang-belakang aku lar yer..hahah

video


p/s:segala kutukan dan teguran amat dihargai. ;)



Saturday, March 12, 2011

Berkata Si Bumi '' Aku akur denganMu..tapi adakah mereka merasakan?"

Assalamualaikum w.bt dan salam 1 Malaysia


Berapa banyak dia menanggung kesakitan ini seorang diri..

Ia sedang bergoncang..

Ia sedang keperitan..

Ia sudah tua..

Apakah kesakitan ini kita juga rasakan?

Wahai Bumi..engkau ada kerana adanya Tuhan Pencipta..

Kun Fayakun itu telah diseru pada engkau..

Apakah tanda-tanda ini kita rasakan?

Kita semakin hampir dengan pengakhiran..

Pengakhiran yang pasti berlaku..

Aku tergumam..

Muhasabah hanya cukupkah di waktu malam..?

MyEm0.Com



By:Juma


Di bawah ni merupakan artikeln yg dikirim dari seorang member tentang keajaiban Al-Quran..jom kita kaitkan dengan semua aspek kehidupan..


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari

Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang

(hendak) bertakwa. (Al Baqarah 2)

Al Quran merupakan kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada rasulNya yang mulia Muhammad s.a.w lebih empat belas abad yang lalu.

Ia diturunkan secara berperingkat-peringkat memakan masa lebih dua puluh tahun.

Ayat-ayatnya terbahagi kepada dua zaman iaitu makiyyah dan madaniyyah sesuai dengan keadaan zaman dan penerimaan para sahabat r.a. Ia tidak berubah dan tidak dapat ditandingi sehingga akhir zaman.

Al Quran merupakan mukjizat yang teragung untuk dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan oleh seluruh umat manusia sepanjang zaman.

Mukjizat yang diberikan kepada rasul-rasul lain lebih berupa keajaiban yang dapat dilihat dengan mata, dipegang dengan tangan dan dirasa dengan lidah.

Nabi Musa a.s sebagai contohnya diberikan keupayaan oleh Allah untuk menukar tongkatnya menjadi seekor ular yang besar yang mengalahkan semua ular ahli-ahli sihir.

Apabila kaumnya kelaparan, Nabi Musa a.s. dapat memberikan makanan melalui hidangan daripada langit. Apabila dikejar Firaun, Nabi musa boleh menggunakan tongkatnya untuk membelah Laut Merah. Nabi Isa a.s pula berupaya mengubat penyakitpenyakit yang ganjil, yang tidak dapat diubat oleh orang biasa. termasuk menghidupkan orang mati.

Semua mukjizat ini dapat diakui oleh seorang yang tidak berpelajaran sekalipun sesuai dengan umat pada masa tersebut.

Berbanding dengan mukjizat rasul terdahulu, al Quran dapat dirasai keajaibannya oleh orang yang berilmu dan menggunakan akal fikirannya.

Al Quran lebih mencabar kepada minda dan pemikiran manusia.

Dari semua sudut, al Quran lebih tinggi daripada apa yang boleh dibayangkan oleh manusia.

Dari sudut sastera, al Quran lebih hebat daripada semua sajak dan syair yang ada.

Dari sudut sejarah, al-Quran membukti ketepatan sejarah yang sangat jitu.


Dari sudut ramalan masa depan, al Quran dibukti tepat dengan beberapa peristiwa yang berlaku sesudah wahyu diturunkan kepada Muhammad s.a.w.


Dari sudut sains pula, al Quran sangat agung yang dibuktikan tepat setelah berabad-abad ia diturunkan.

Perkara ini sangat mustahil dapat diterangkan oleh seorang yang tidak tahu membaca dan menulis seperti Muhammad s.a.w. sekiranya beliau tidak mendapat petunjuk wahyu daripada Allah s.w.t.

Kita dapat melihat salah satu keajaiban al Quran adalah tentang proses penciptaan manusia yang dibuktikan betul oleh sains moden setelah empat belas kurun ia diturunkan.


p/s mood:awak..sy takut..awak takut tak??

Saturday, March 5, 2011

Kempen Undian Blog Tercantik.Jom Vote Saya.hihi

Assalamualaikum wbt.
Salam 1 Malaysia



Senanya dah lama undian dibukak sejak 2hb 3 ritu..
disebabkan kesibukan join FESENI baru-baru ni xdapat aku nak berkempen.hihi.

MyEm0.Com

Soooooo,.sekarang jom ramai-ramai terjah blog 2dayblogger dan pilih no 14..blog saya tuh..haha..undilah blog saya yer...huhu.
Tu pon lau korang ase blog aku cantik ker bersih ker,kemas ker,or apa-apa yg korang ase mang layak dipilih dan kena dengan tema Blog Tercantik.
Tiada paksaan tetapi memaksa jugak lar kan...hahaha...
Tak tau nk ckp ap lag n banyak sgt..nati org kata aku poyo lak.huahua.
blog aku bukan hebat dan secantik seperti blog-blog lain.
Tapi comel tu ader lar kan?hahah
Harap-harap blog ni mudah tuk pelawat-pelawat datang menyinggah..hihi

MyEm0.Com

Mari Undi SAYA...................hehehe

Thursday, February 24, 2011

Mata Pinjamanku Di duga

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

Al-kisah terdapat sepasang bebola mata yg sering melakukan aktiviti sesama..
sering menjadi panduan pada tuannya.
Nama singkatan bebola mata kanan iaitu BOMAKA ,
manakala nama singkatan bebola mata kiri pulak ialah BOMAKI.
Mereka tak pernah meninggalkan antara satu sama lain.
bak kata orang macam belangkas lah dua-dua ni.
Tapi pada satu hari bebola mata kanan telah diduga..
Puncanya adalah dari cecair,nama singkatan cecair ni ialah SYAM-Poo..SYAM-Poo telah menceroboh dan membuat kacau di kawasan BOMAKA.
Semasa kejadian itu tuan BOMAKA tidak dapat menghalang SYAM-poo ini dari membuat kacau kerana semua itu adalah kehendak dari-Nya.
Semenjak itu BOMAKA tidak berhenti menangis,BOMAKA menjadi kemerah-merahan,urat-uratnya semua timbul kemerah-merahan jugak..
Bila BOMAKI melihatkan keadaan itu,dia pun jadi sedih jugak,mang betul kata orang,cubit peha kanan,peha sebelah kiri terasa jugak..tidak lama kemudian BOMAKI pulak merasakan kesakitan itu.Urat BOMAKI juga menjadi kemerah-merahan..
BOMAKA dan BOMAKI mengajak tuannya untuk berjumpa doktor..
BOMAKA dan BOMAKI sering memberi semangat pada tuannya agar berusaha dan tidak berputus asa.
Bermula pada 16hb Februari tuan BOMAKA dan BOMAKI sering membuat temujanji dengan tabib untuk membuat pemeriksaan dan mengambil ubat.Semua itu kerana tuan mereka sangat sayangkan mereka berdua dan ingin berikan jagaan yang terbaik..ini mungkin sebab selama ini tuannya alpa.
Selepas dua minggu akhirnya BOMAKA dan BOMAKI telah beransur pulih..mereka telah diberi kuarantin,diberi ubat titik mata yg diberi oleh tabib setiap hari,doa setiap selepas tiap kali solat dan dengan izin-Nya semua mimpi ngeri itu telah berlalu..
Sesungguhnya Tuan BOMAKA dan BOMAKI mengambil pengajaran atas semua yg berlaku itu,setiap kesakitan yg dirasa harap dapat menjadi penawar dosanya selama ini..itu cuma sepasang mata pinjaman yg diduga..sedangkan banyak lagi pinjaman yg ada pada kita..maka bersyukurlah pada Allah s.w.t............
BOMAKA dan BOMAKI melonjak kegembiraan sambil mengucapkan ALHAMDULILLAH!!





Friday, January 28, 2011

2 juta straw?Malaysia Book of Records?

Assalamualaikum wbt..

Sekadar berkongsi ngan semua..jom tengok logo ni..
First aku dengar dowang berjaya hasilkan logo terbesar guna straw..aku pelik ckit..
Apa yg menariknya?straw disusun-susun sebanyak 2 juta tuk jadi sebuah logo?
Dalam fikiran aku mesti straw-straw tu cuma dibaringkan..
tapi senanya bukan gitu..
straw-straw tu sume menegak..MENEGAK
camner ley gitu?
Pastu dibiarkan logo tu selama beberapa hari kat kwsn terbuka dengan hujan yg tak menentu tp stil kukuh?

Kowang nilai lar sendiri.huhu..
Ni aku snapshoot curi skit..hihi..








And..........

This articles in um-today..



KUALA LUMPUR 23 Jan. - Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya menghasilkan logo 1Malaysia terbesar menggunakan straw.

Logo yang menggunakan dua juta batang straw yang berukuran 20 meter panjang, 10 meter lebar dan 12 sentimeter tinggi itu merupakan hasil usaha 150 pelajar Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah.

Selain mencipta rekod, ia juga bertujuan membuktikan sokongan pelajar terhadap gagasan 1Malaysia yang mampu membentuk mahasiswa yang berinovasi dalam konteks integriti dan perpaduan.

Majlis pengesahan rekod tersebut dan sijil penyertaan daripada MBOR telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Datuk Nasir Safar.

Terdahulu dalam ucapannya, Nasir memuji usaha mahasiswa berkenaan dalam mengangkat darjat 1Malaysia sekali gus menjadi contoh terbaik untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar di negara ini.

"Usaha ini akan menjadikan mereka ini generasi modal insan kelas pertama. Ia juga memupuk semangat cintakan negara dan menyokong sepenuhnya gagasan 1Malaysia," katanya.

Menurut beliau, kerjasama pelajar Universiti Malaya merupakan platform terbaik untuk menjalinkan hubungan baik di antara pelajar berbilang kaum.

"Elemen perpaduan perlu dipupuk dan usahanya perlu diteruskan untuk menjayakan semangat 1Malaysia di kalangan rakyat," katanya.

Saturday, January 15, 2011

Pencarian blog tercantik 2011


Assalamualaikum w.b.t

Amboi kau..sampai dua entry erk rni coz nk masuk pencarian ala-ala pencarian cover girl dara gitu.huhu..
Pada mulanya aku terjah dari En.rockin sudu..tewus berminat nak join kan..dy pon ada domain yg maju. =)
Okeylah..kalau kowang nak join jugak kene lah terjah dan berkenal-kenalan ngan en. Faisal ni dulu..masuk umah orang kene lah tau siapa tuan rumahnya kn??
En. Faisal ni dari 2dayblogger yang telah menganjurkan Pencarian Blog Tercantik 2011

Aku baru fisrt time nak masuk pencarian macam ni sepanjang bebeapa bulan aku baru berblog dan bergelar seorang blogger..hihi..

Rasa berminat nak join disebabkan blog en. Faisal ni memang tak rugi lar coz banyak jugak tips-tips blogger yang dy kongsikan.Dy kate i swear..n i pon swear jugak lar tak wugi kalau kowang follow dy ni jugak =)
Memang sesuai dengan perkara yg perlu dibuat kalau nk join this contest.hihi..chek it out!


PERKARA YANG PERLU KORANG BUAT:-

  1. Buatkan satu entri mengenai aktiviti Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 untuk mempelawa rakan korang vote blog korang.
  2. Letakkan Link entri berkenaan di bahagian komen.
  3. Jadi Follower blog 2DayBlogger.Com(Korang takkan menyesal follow blog ini.I swear)
  4. Tag 3 orang kawan blogger anda(Jika korang rajin je lah =)).-Tiada paksaan..hehe

SIAPA YANG AKAN JADI JURI DAN PILIH PEMENANG?

-Korang yang akan jadi juri dan korang yang akan vote untuk menentukan 1o Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011.

BILA TARIKH TUTUP PENYERTAAN?

-Tarikh tutup adalah pada 28/februari/2011

BILA TARIKH UNTUK START MENGUNDI?

-Undian Pertama: 1/3/2011 – 8 /3/2011(Undian untuk semua peserta)

-Undian Kedua: 10/3/2011 – 17/3/2011(Undian untuk 20 terbaik)

BILA TARIKH UMUM PEMENANG?

-10 pemenang akan diumumkan pada 20/3/2011 pada jam 9 malam berdasarkan undian yang paling tinggi.(Undian pertama + undian kedua)

HADIAH ISTIMEWA DARI 2DAYBLOGGER.COM

-10 blogger yang menang akan terima ebook percuma bertajuk “15 736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM“.

PESANAN PENAJA

-Ini aktiviti suka-suka je.takde paksaan untuk korang join aktiviti ini.Blogging kenalah happy and fun.Betul tak kawan-kawan semua=)

Jadi marilah kita memeriahkan aktiviti pertama saya ini =)



p/s dari kami :kami budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..sambil wat muker comel. =)

MyEm0.Com