Assalamualaikum w.bt dan salam 1 Malaysia
Berapa banyak dia menanggung kesakitan ini seorang diri..
Ia sedang bergoncang..
Ia sedang keperitan..
Ia sudah tua..
Apakah kesakitan ini kita juga rasakan?
Wahai Bumi..engkau ada kerana adanya Tuhan Pencipta..
Kun Fayakun itu telah diseru pada engkau..
Apakah tanda-tanda ini kita rasakan?
Kita semakin hampir dengan pengakhiran..
Pengakhiran yang pasti berlaku..
Aku tergumam..
Muhasabah hanya cukupkah di waktu malam..?
By:Juma
Di bawah ni merupakan artikeln yg dikirim dari seorang member tentang keajaiban Al-Quran..jom kita kaitkan dengan semua aspek kehidupan..
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertakwa. (Al Baqarah 2)
Al Quran merupakan kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada rasulNya yang mulia Muhammad s.a.w lebih empat belas abad yang lalu.
Ia diturunkan secara berperingkat-peringkat memakan masa lebih dua puluh tahun.
Ayat-ayatnya terbahagi kepada dua zaman iaitu makiyyah dan madaniyyah sesuai dengan keadaan zaman dan penerimaan para sahabat r.a. Ia tidak berubah dan tidak dapat ditandingi sehingga akhir zaman.
Al Quran merupakan mukjizat yang teragung untuk dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan oleh seluruh umat manusia sepanjang zaman.
Mukjizat yang diberikan kepada rasul-rasul lain lebih berupa keajaiban yang dapat dilihat dengan mata, dipegang dengan tangan dan dirasa dengan lidah.
Nabi Musa a.s sebagai contohnya diberikan keupayaan oleh Allah untuk menukar tongkatnya menjadi seekor ular yang besar yang mengalahkan semua ular ahli-ahli sihir.
Apabila kaumnya kelaparan, Nabi Musa a.s. dapat memberikan makanan melalui hidangan daripada langit. Apabila dikejar Firaun, Nabi musa boleh menggunakan tongkatnya untuk membelah Laut Merah. Nabi Isa a.s pula berupaya mengubat penyakitpenyakit yang ganjil, yang tidak dapat diubat oleh orang biasa. termasuk menghidupkan orang mati.
Semua mukjizat ini dapat diakui oleh seorang yang tidak berpelajaran sekalipun sesuai dengan umat pada masa tersebut.
Berbanding dengan mukjizat rasul terdahulu, al Quran dapat dirasai keajaibannya oleh orang yang berilmu dan menggunakan akal fikirannya.
Al Quran lebih mencabar kepada minda dan pemikiran manusia.
Dari semua sudut, al Quran lebih tinggi daripada apa yang boleh dibayangkan oleh manusia.
Dari sudut sastera, al Quran lebih hebat daripada semua sajak dan syair yang ada.
Dari sudut sejarah, al-Quran membukti ketepatan sejarah yang sangat jitu.
Dari sudut ramalan masa depan, al Quran dibukti tepat dengan beberapa peristiwa yang berlaku sesudah wahyu diturunkan kepada Muhammad s.a.w.
Dari sudut sains pula, al Quran sangat agung yang dibuktikan tepat setelah berabad-abad ia diturunkan.
Perkara ini sangat mustahil dapat diterangkan oleh seorang yang tidak tahu membaca dan menulis seperti Muhammad s.a.w. sekiranya beliau tidak mendapat petunjuk wahyu daripada Allah s.w.t.
Kita dapat melihat salah satu keajaiban al Quran adalah tentang proses penciptaan manusia yang dibuktikan betul oleh sains moden setelah empat belas kurun ia diturunkan.
No comments:
Post a Comment