..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Wednesday, May 19, 2010

Aku Bukan Awekmu tapi HambaMU

Salam..

Tertarik ke kowang bab2 nih.jangan tipu hati ar beb.Lagi-lagi yang mencari dan mengejar cinta duk try n error..Anda penah jatuh hati atau jatuh cinta.Bagi aku wanita dan lelaki tak lari daripada perasaan ini.Entry ni lebih kepada anda para remaja dan belom berkluarga.Bapak2 ibu2 yg da kawin pun boleyy jugak join..haha

Ni haaa..dalam diam anda meminati seseorang.Dari dulu sampai sekarang anda meminatinya.wei somat..aku da lame tul usya dy nih..tapi tiada jawapan.(Comey sgt lagu tobat maksimat wahai somat dari wali band tu).Jika tidak sudi jangan dikejar jika banyak benda laen lagi yg perlu dikejar.

Banyak faktor untuk anda jatuh cinta.Kerana peribadinya kah,kerana kehensemannya kah,kerana pandainya dia memasak kah,kerana kewanganyya kah,kerana kesolehahannya kah,atau kerana kebaikannya.Semua itu adalah lumrah sementara.Jika peribadinya berubah menjadi menjengkelkan,jika masakannya sudah tidak ada rasa masin manis,jika kehensemannya berubah dek accident yang tidak lagi sejuk mata memandang,jika kesolehahannya berubah kejutan budaya yang tidak sihat,jika kebaikannya berubah jahat sekarang ..adakah anda masih boleh menerimanya.

Pendapat aku,asenya jika benar cinta itu sejati anda tidak mengerti apa yang anda suka tentangnya.Boley camtu?Jodoh perlu dicari dan agama menyeru mencari jodoh yang ada pegangan agama,keturunan yang baik,cantik dan berharta.Namun hakikat sebenar,andai dia adalah jodoh,kemungkinan seorang penyangak juga boleh menjadi jodoh kita.Dan yang soleh yang anda idam-idamkan bukan jodoh kita.Betapa baik dirinya pada pandangan anda dan dy mungkin melamar anda, tetap tiada perasaan untuk menerima dirinya.Itulah hati,hati tidak pernah menipu.Tapi kita yang sering menipu hati dengan melihat hanya dengan mata.(solat istikharah da wat?)

Untuk berfikir lebih logik dan tak terlalu poyo,mang yang baik itu perlu dalam mencari jodoh dan yang sedap dipandang atau apa-apa aje yang wat hati terpaut.,namun setelah mengenalinya dan terdapat kekurangan pada dirinya,adakah masih lagi kita ingin dengannya dan terus bimbing dy.Jika tidak mampu gak,doa untuk kebahagiaannnya adalah yang terbaik.

Kereta yang dah rosak,,andai bumper yang calar masih boleh dicat,warnainya dengan cat walaupun murah atau mahal harga cat tersebut.

Aku sangat sangat beruntung dpt mencintai dan dicintai selalu……(jgn muntah dpn laptop anda..n jgn slh fhman.hahah)

No comments: