..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Saturday, October 30, 2010

Sejauh mana kita berhak bersuara?

Salam..

Rasanya dah ramai yang sedia maklum dengan rancangan-rancangan yang bakal diusahakan di Malaysia yang bakal kita akan lihat dalam beberapa tahun lagi..(harap-harap tidak jadi untuk dilaksanakan mana-mana yang menyimpang dari agama)

Satu perasaan takut dan seram yang tergetus dalam hati aku tatkala mendengarkan sahabat-sahabat bercerita,berbincang mengenainya di dalam sebuah bilik dan bukan di khalayak ramai kerana kami bukan seorang yang benar-benar layak untuk menyuarakannya.

Sebagai student,malahan anak,malahan bakal warisan negara,pekara-perkara camni bagi aku sepatutnya perlu ada pertimbangan dari segi agama yang sebaiknya,aku bukanlah terlalu arif untuk membuat usul malahan membuat penghukuman terhadap apa yang sedang di usahakan,namun aku sangat - sangat berharap agar kerajaan kita dapat membuat timbal balik tentang segala yang ingin dilakukan demi menjaga agama kita sendiri agar tidak di tusuk oleh duri - duri yang boleh menjatuhkan dan mohon dijauhkan dari segala murka Allah s.w.t yang sering memerhatikan tindak tanduk kita..

Aku mempunyai banyak dosa dan tidak tahu sama ada dosa aku melebihi pahala atau pahala pula yang melebihi dosa sehingga sering di duga olehNya..seringkali dugaan-dugaan yang aku lalui itu sebagai peringatan padaku yang lalai dan mungkin juga banyak dugaan-dugaan itu untuk memandu aku agar selalu melakukan pilihan yang betul dan berlandaskan agama dalam membuat sesuatu keputusan.iaitu RedhaNya.full stop..

Apa yng diperbincangkan boleh klik ini --> ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Suara-suara anda pulak?tapi tolong jgn kaitkan dengan benda-benda lain lau nk bagi komen,cukup nyatakan korang setuju atau tidak dan berikan sebab musabab.Owraitt???



10 comments:

RAFHAN ~peace~ said...

Jawapannya sudah tentu tidak setuju. Tetapi jawapan saya tidak akan dapat mengubah apa2. Saya hanya seorang rakyat biasa yang tiada pengaruh dan harta.

juMa said...

rafhan-->yup..sy juga begitu. ;)

alien said...

selagi kita rakyat biasa
kita bukan nobody dalam stuktur masarakat
selagi tu suara kita tak akan di dengar
tak kisahlah perkara yg kita sampaikan itu baik
pathetic kan

juMa said...

alien-->kita mang xdidengari tp lau dlm ramai2 nih mgkin ada yg melihatdan berfikir..skurg2nya usaha bkn?

saiful said...

Saya mmg x setuju. Gejala sosial yg ada hari ini pun x selesai lg, nak tambah masaalah lain plak?

juMa said...

betul..masalah myb mkin bleluasa lg lau dteruskan.

alien said...

maybe can..bole cube
tapi consequences dia kita xtau
tau ISA?
hohoho
biase leader2 akan di tangkap
so anak buah dah lemah smgt dan lama2 bubar
hohohoho

juMa said...

alien-->terima kasih krn memberi pndagn..harap semua tidak ad slh fhm bhw ssbuah pnulisan ini bkn sbuah persatuan yg punya Amir(ketua)..apatah lg mempunyai pengikut2nya..tiada paksaan dlm memberi komen setuju atau tidak..ungkapan sy mungkin akn disalah ertikan kerana memnyatakan garis sempadan dgn hnya supaya menyebut
'cukup nyatakan korang setuju atau tidak dan berikan sebab musabab'
ini kerana sy tidak mahu setiap komen2 yg diberi adalah melebih2 menyentuh isu sensitiviti mahupun suara2 yg seolah2 ingin menjatuhkan sesebuah organisasi..
sekadar luahan dibelakang yg entah didengar bahkan tidak diendah..

Jejaka Terhangat said...

"bukan rakyat yg perlukan kerajaan, tapi kerajaan yg perlukan rakyat." - V for Vendetta

mksdnya wlpn suara kita tak didengar, tp kita tetap boleh tukar pentadbiran negara, atas kuasa pilihanraya..dan sudah tentu kita kena berusaha jgk ajak kawan2 kita utk pilih kerajaan yg leih elok, sekiranya kerajaan skrg dah lari jauh drpd landasan agama..

fesbuk pn salah satu medium baru utk kita saling suarakan pendapat..contohnya..

http://www.facebook.com/NoMegaTower

http://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansur-Please-apologize-to-Muslims/137344229649521

alien said...

hohoho
sorry jika jauh menyimpang