..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Sunday, March 13, 2011

MU Sing ''MIHRAB CINTA"

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1malaysia

Ini cuma akan menjadi koleksi-koleksi dalam hidup aku sebenarnya.
Hujung minggu tanpa ada yg menemani dibilik,membuat agenda sendirian..haha
Vid ni saje buat untuk hilangkan sepi keseorangan..
Sengaja aku letak dalam blog supaya ia kekal tuk sepanjang hidup aku.ngeh2.
Segan nak bagi orang lain tengok vid ni senanya..hihi..maluuuuuu...fisrt time letak nih.
Emmm..asenye korang pon tak nak tengok kan kan kan???mencari publisiti ke?
oh..no...takder dalam youtube pon..jgn carik lak yer.hehe
Lagipon..gerenti lambat loading nih..tapi lau sudi nak membazir masa tengok jugak,hope korang jangan gelakkan aku yer..hihi..
nak gelak pon belakang-belakang aku lar yer..hahah



p/s:segala kutukan dan teguran amat dihargai. ;)



Saturday, March 12, 2011

Berkata Si Bumi '' Aku akur denganMu..tapi adakah mereka merasakan?"

Assalamualaikum w.bt dan salam 1 Malaysia


Berapa banyak dia menanggung kesakitan ini seorang diri..

Ia sedang bergoncang..

Ia sedang keperitan..

Ia sudah tua..

Apakah kesakitan ini kita juga rasakan?

Wahai Bumi..engkau ada kerana adanya Tuhan Pencipta..

Kun Fayakun itu telah diseru pada engkau..

Apakah tanda-tanda ini kita rasakan?

Kita semakin hampir dengan pengakhiran..

Pengakhiran yang pasti berlaku..

Aku tergumam..

Muhasabah hanya cukupkah di waktu malam..?

MyEm0.Com



By:Juma


Di bawah ni merupakan artikeln yg dikirim dari seorang member tentang keajaiban Al-Quran..jom kita kaitkan dengan semua aspek kehidupan..


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari

Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang

(hendak) bertakwa. (Al Baqarah 2)

Al Quran merupakan kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada rasulNya yang mulia Muhammad s.a.w lebih empat belas abad yang lalu.

Ia diturunkan secara berperingkat-peringkat memakan masa lebih dua puluh tahun.

Ayat-ayatnya terbahagi kepada dua zaman iaitu makiyyah dan madaniyyah sesuai dengan keadaan zaman dan penerimaan para sahabat r.a. Ia tidak berubah dan tidak dapat ditandingi sehingga akhir zaman.

Al Quran merupakan mukjizat yang teragung untuk dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan oleh seluruh umat manusia sepanjang zaman.

Mukjizat yang diberikan kepada rasul-rasul lain lebih berupa keajaiban yang dapat dilihat dengan mata, dipegang dengan tangan dan dirasa dengan lidah.

Nabi Musa a.s sebagai contohnya diberikan keupayaan oleh Allah untuk menukar tongkatnya menjadi seekor ular yang besar yang mengalahkan semua ular ahli-ahli sihir.

Apabila kaumnya kelaparan, Nabi Musa a.s. dapat memberikan makanan melalui hidangan daripada langit. Apabila dikejar Firaun, Nabi musa boleh menggunakan tongkatnya untuk membelah Laut Merah. Nabi Isa a.s pula berupaya mengubat penyakitpenyakit yang ganjil, yang tidak dapat diubat oleh orang biasa. termasuk menghidupkan orang mati.

Semua mukjizat ini dapat diakui oleh seorang yang tidak berpelajaran sekalipun sesuai dengan umat pada masa tersebut.

Berbanding dengan mukjizat rasul terdahulu, al Quran dapat dirasai keajaibannya oleh orang yang berilmu dan menggunakan akal fikirannya.

Al Quran lebih mencabar kepada minda dan pemikiran manusia.

Dari semua sudut, al Quran lebih tinggi daripada apa yang boleh dibayangkan oleh manusia.

Dari sudut sastera, al Quran lebih hebat daripada semua sajak dan syair yang ada.

Dari sudut sejarah, al-Quran membukti ketepatan sejarah yang sangat jitu.


Dari sudut ramalan masa depan, al Quran dibukti tepat dengan beberapa peristiwa yang berlaku sesudah wahyu diturunkan kepada Muhammad s.a.w.


Dari sudut sains pula, al Quran sangat agung yang dibuktikan tepat setelah berabad-abad ia diturunkan.

Perkara ini sangat mustahil dapat diterangkan oleh seorang yang tidak tahu membaca dan menulis seperti Muhammad s.a.w. sekiranya beliau tidak mendapat petunjuk wahyu daripada Allah s.w.t.

Kita dapat melihat salah satu keajaiban al Quran adalah tentang proses penciptaan manusia yang dibuktikan betul oleh sains moden setelah empat belas kurun ia diturunkan.


p/s mood:awak..sy takut..awak takut tak??

Saturday, March 5, 2011

Kempen Undian Blog Tercantik.Jom Vote Saya.hihi

Assalamualaikum wbt.
Salam 1 Malaysia



Senanya dah lama undian dibukak sejak 2hb 3 ritu..
disebabkan kesibukan join FESENI baru-baru ni xdapat aku nak berkempen.hihi.

MyEm0.Com

Soooooo,.sekarang jom ramai-ramai terjah blog 2dayblogger dan pilih no 14..blog saya tuh..haha..undilah blog saya yer...huhu.
Tu pon lau korang ase blog aku cantik ker bersih ker,kemas ker,or apa-apa yg korang ase mang layak dipilih dan kena dengan tema Blog Tercantik.
Tiada paksaan tetapi memaksa jugak lar kan...hahaha...
Tak tau nk ckp ap lag n banyak sgt..nati org kata aku poyo lak.huahua.
blog aku bukan hebat dan secantik seperti blog-blog lain.
Tapi comel tu ader lar kan?hahah
Harap-harap blog ni mudah tuk pelawat-pelawat datang menyinggah..hihi

MyEm0.Com

Mari Undi SAYA...................hehehe