Salam..
Seperti yang kita sedang lalui waktu ini penuh berhelah..
Semoga pertolongan akan datang pada mereka di jalan Allah..
Manusia yg kerakusan tidak pernah berhenti sehingga tiba hariNya pasti akan menerjah..
Kita semua diberi peringatan yang sungguh dahsyat hingga hilang tuah..
Kerana kita perlu berdoa padaNya dengan tidak sudah-sudah..
Andai kekejaman diluar tidak dapat dikawal oleh tangan sendiri sebagai ummah..
Apa yang digenggami sekarang harus dipelihara dengan tabah..
Jangan lagi ada nyawa-nyawa kecil yang terpampang mengerikan didepan pintu masjid atau rumah..
Kekejaman diluar cukup sudah..!
Dari Jabir ra, dari Nabi saw (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda saw, lalu berkata: "(Ya Rasulullah!) kami ada mendengar cerita-cerita dan nasihat pengajaran yang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran tuan, bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?" (mendengar yang demikian) Baginda saw bersabda: "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan serba salah (dalam ajaran agama kamu) sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)? Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu agama Islam dengan keadaannya yang jelas nyata dan bersih suci (dari sebarang perkara syirik dan penyelewengan), dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi, (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya selain daripada menurutku." (Imam Ahmad dan al-Baihaqi)
~~same2 kita berdoa keatas saudara islam..
:) sajak yg terpacul saat sakit melihat kekejaman.
2 comments:
Betul, Islam Adalah Yang Terbaik. Cuba lihat kehidupan orang Islam yang memang ikut ajaran Islam. Jangan tengok orang Rosak sebab yang rosak sebab dia tidak ikut Islam walaupun berugama Islam.
thanks minda bestari..btol..n org yg rosak mungkin byk faktor..dan yg melihat dgn cara islam tu perlu bimbing yg rosak..
Post a Comment