..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Wednesday, June 2, 2010

Ada beberapa sebab tidak perlu perkataan maafkan aku

Salam..

Jika kita berbuat salah,mestilah kita perlu meminta maaf terlebih dahulu.Tapi ada juga diantara anda yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang buat salah dan silap.Demi menjaga hati atau sebagai tanda hormat..anda yang mengalah.Macam tak patut jer bila yang lain tersenyum sengih atas sebab anda yang kene pikul kesalahan ni walaupun senanya mang anda tak bersalah pun..

1.Perasaan kita sendiri.
Apa yang anda rasa..semuanya adalah hak anda..jangan rasa bersalah kalau apa yang anda rasakan menjadi satu kesalahan walaupun anda terpaksa bermasam muka dengan orang lain.Aku sendiri pernah mengalaminya..mang wat orang itu sakit hati tetapi sebenarnya ada sebab untuk aku berkelakuan sebegituh..cume kita sahaja yang boleh selami perasaan diri sendiri dari mngharapkan orang lain memahaminya andai ucap kata maaf tetapi tersalah pula fahamannya.

2.Masa lalu yang dah berkurun
Masa lalu kita buat keputusan yang tragik dan sekarang kita masih boleh meneruskan hidup.Jadi tidak perlu kita meminta maaf atas semua keputusan yang telah dibuat itu kerana semuanya bergantung kat situasi masa tersebut.Kita sudah boleh berfikir mana yang baik dan buruk walaupun ada yang menentang.Semuanya akan mempengaruhi kehidupan kita,.lagipun kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan..aku banyak belajar daripada seseorang tentang ini.

3.Menjadi perhatian.
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian.Anda jangan bimbang jika diri menjadi perhatian orang.Anda tidak perlu meminta maaf kalu ada yang cemburu pulak sebab anda mendapat perhatian lebih daripada mereka.Dan jika anda ingin lari dari orang terus usha-usha..usahakan agar anda berjaya menghindarinya.Jangan melibatkan orang lain jika tidak mahu dipersalahkan.

4.Berkata jujur
Tidak perlu selindung jika ia mendatangkan kesan baik pada diri kita.Walaupun mencetuskan salah faham antara kita dan dia,terpulang padanya sama ada dia boley menerima kejujuran itu atau tidak.
Semuanya bergantung pada situasi..

Sekarang masanya aku ingin mempelajari dari yang lain dan berkongsi dengan semua..dalam hidup ini mang banyak perkara yang mungkin kita terlepas pandang..mungkin tidak perlu mengungkap perkataan maaf bagi sesetengah perkara...biarkan masa berlalu...dan hidup kene enjoyy!!!kata puteri farah binti nordin..hehe..lau ada pandangan yang lebih lagi dipersilakan..

maafkan aku yg tak sempurna..



Maaf..jalan sedang diselenggara..hehe



4 comments:

Anonymous said...

perlu... walaupun kdg2 org dah boring sbb kite syik mintak maaf jer, tp xpe mintak jer maaf... mane tau kot2 kite ade buat salah tp xperasan kan... ;)

juma said...

yup..betol tuh..kekadang je ada mase kite kene berdiam diri.huhu..ikut keadaan..

Unknown said...

wah! ade masa x pyh minta maaf rupanya? thnkz kasi info ni kak! :)

juma said...

nick-->hehe..ap pun senanya lebih kepada tetap pendirian..cuma jgn sampai jd ego..yup!