..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Tuesday, May 25, 2010

Senyum Kambing ~Part 1~


Cerita 1
Setelah menyimpan wang selama 10 tahun,Rionaldo ke bilik pameran Rolls Royce untuk memeli kereta idamannya itu.Malangnya selepas dikira wang yang dibawa , didapati kurang RM10.
"Tunggu sekejap." kata Rionaldo kepada jurujual.
Dia terus menuju ke tepi jalan raya untuk mendapatkan seseorang yang boleh meminjamkannya wang.Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki sedang santai di bawah kerusi sambil membaca akhbar.
"Encik,tolong pinjamkan saya wang RM10?Saya nak beli kereta Rolls Royce," kata Rionaldo.
Lelaki tu memandang Rionaldo beberapa ketika."Nah!Ambil RM20.Belikan saya satu."
kata lelaki itu selamba.

Cerita 2
AHMAd terlibat dalam satu perbicaraan yang membabitkan sejumlah tuntutan.Sebagai defendan,Ahmad bimbang akan kalah.Semasa sesi mahkamah berhenti rehat,Ahmad meluahkan rasa bimbang pada peguamnya.

Ahmad : habislah saya kalau kalah....
Peguam : Apa kita boleh buat?semuanya dalam tangan hakim.
Ahmad : Apa kata kalau saya hantar sekotak cerut import pada hakim tuh?
Peguam ; Eh,jangan!hakim ni tegas.Dia akan dakwa awak cuba memberi rasuah dan mengina mahkamah.

Perbicaraan pun disambung semula dan di akhir perbicaraan,hakim memutuskan Ahmad memenangi kes tersebut.

Ahmad : Terima kasih atas nasihat tadi.
Peguam : Kalau awak teruskan niat tu,saya pasti kita kalah.
Ahmad : Tapiii..saya teruskan juga rancangan tuh,.
Peguam : Apa!awak teruskan?
Ahmad : Ya!inilah sebabnya kita menang.
Peguam : Saya tak faham.!
Ahmad : Mudah saja. Saya hantar cerut kepada hakim dan selitkan business card plaintif


No comments: