..

Jom Tengok Sini.. ;)

Followers

Wednesday, December 8, 2010

Dia datang lar...say thank you

Salam...
(assalamualaikum wbt wat umat islam n salam sejahtera wat seluruh malaysia)

Apa kabo semua...ece ceh..tnya kaba2 lak..seblom nih xde lak ko caring camnih uzzma oiii...hhuhuu..ye lar dah lame sangat tak up date blog ni..nak tau tak apa dan siapa yang datang tuh?
Dia datang lar..Tahun baru..tahun baru bagi umat islam...say thank you to Allah..
dah beberapa hari yg lepas senanya iaitu 1 Muharram 1432H bersamaan 5 Disember 2010..

Happy new year bagi umat islam semua...
Tahun baru dikaitkan dengan hijrah..n hijrah jugak kene lar yang lebih baik dari sebelumnya..
Jangan lak elok-elok awak tu di kenali as amirul mukminin nak try berhijrah jadi as-syaiton pulokk..
Songsang lagi menyesatkan ado lar..
Jadi....
Jom hayati sajak bagi tahun baru ni ;-

1. Tambahkan amal menambahkan ilmu
Kurangkan bual mengurangkan jemu

2. Pergi ke kedai cari selipar baru,
Padahal yang kat kaki masih boleh diguna,
Perbaiki je kasut tuh supaya boleh diguna selalu,
Kerana kasut itu adalah teman kita kemana-mana...
(same jugak dengan diri kita..tak kan nak tukar diri jadi orang lain..so perbaiki diri kita..kerna roh adalah peneman kita..yang memperbaiki n menyucikan roh juga datang dari kemahuan kita sendiri)

Nak sajak lagi???
Tunggu taun depan lak yerk.hahah


Haa...ni lagi sowang dah datang...
Cuti semester dah datang..so,ap rancangan aku mase cuti ni erk..agak2nyer best gak lau dapat pegi cni kan??
chek it out!!


Monday, November 1, 2010

Kuliah last..nak dekat exam kena bace..kalau tak baca tak masuk dlm exam pun.

Salam..

Pada minggu last kuliah lepas,ada satu kata2 dari lecture cam masuk kedalam telinga kanan aku dan tidak keluar dari telinga kiri.Betul2 masuk dlm ingatan lar senang citer..
Mcm bese lar lau dah last kuliah mst ada ckit2 riview soklan n masing2 khusyuk salin tjuk yg lecture bagi..lau kata2 nasihat tuh mungkin dowg tak salin mungkin juga ada yg salin kan..?
ye ar..dtg just nk tahu soklan ap yg msuk exam!?huhu..tpi ada satu kata-katanya yg diambil dari tokoh siapa tak dpt aku dgr sbb tewus dgr ayatnya yg dikenal pasti berbunyi camni..sila-sila ambil nota anda..manalah tau masuk exam.wakaka.

"Ada 2 jenis manusia yang bergelar ;-
1. Sahabat
2. Musuh

Sahabat ada 3 bahagian pulak ;-
1.Sahabat yang memang sahabat kita
2.Sahabat kepada sahabat kita menjadi sahabat kita
3.Musuh kepada musuh kita menjadi sahabat kita

Musuh juga ada 3 bahagian ;-
1.Musuh yang memang musuh kita
2.Sahabat kepada musuh kita menjadi musuh kita
3.Musuh kepada sahabat kita menjadi musuh kita

Siapa faham angkat tangan!bagus!
Siapa yg tak fhm dan nk aku lukis sila beritahu.huhu.lampi jugak ea..
MyEm0.Com
Gurau jer..kalau ader pemintaan aku akan lukis,mana lah tahu ada yg tak fhm psl penulisan aku cam tunggang langgang serabut ayam..ayam pon jln strait.

MyEm0.Com

Budak2 juga bersahabat

Saturday, October 30, 2010

Sejauh mana kita berhak bersuara?

Salam..

Rasanya dah ramai yang sedia maklum dengan rancangan-rancangan yang bakal diusahakan di Malaysia yang bakal kita akan lihat dalam beberapa tahun lagi..(harap-harap tidak jadi untuk dilaksanakan mana-mana yang menyimpang dari agama)

Satu perasaan takut dan seram yang tergetus dalam hati aku tatkala mendengarkan sahabat-sahabat bercerita,berbincang mengenainya di dalam sebuah bilik dan bukan di khalayak ramai kerana kami bukan seorang yang benar-benar layak untuk menyuarakannya.

Sebagai student,malahan anak,malahan bakal warisan negara,pekara-perkara camni bagi aku sepatutnya perlu ada pertimbangan dari segi agama yang sebaiknya,aku bukanlah terlalu arif untuk membuat usul malahan membuat penghukuman terhadap apa yang sedang di usahakan,namun aku sangat - sangat berharap agar kerajaan kita dapat membuat timbal balik tentang segala yang ingin dilakukan demi menjaga agama kita sendiri agar tidak di tusuk oleh duri - duri yang boleh menjatuhkan dan mohon dijauhkan dari segala murka Allah s.w.t yang sering memerhatikan tindak tanduk kita..

Aku mempunyai banyak dosa dan tidak tahu sama ada dosa aku melebihi pahala atau pahala pula yang melebihi dosa sehingga sering di duga olehNya..seringkali dugaan-dugaan yang aku lalui itu sebagai peringatan padaku yang lalai dan mungkin juga banyak dugaan-dugaan itu untuk memandu aku agar selalu melakukan pilihan yang betul dan berlandaskan agama dalam membuat sesuatu keputusan.iaitu RedhaNya.full stop..

Apa yng diperbincangkan boleh klik ini --> ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Suara-suara anda pulak?tapi tolong jgn kaitkan dengan benda-benda lain lau nk bagi komen,cukup nyatakan korang setuju atau tidak dan berikan sebab musabab.Owraitt???



Wednesday, October 27, 2010

Superb tak?Art Typhography

Salam..

Nak bawakkan seni typhography oleh seorang pereka desingner dari rusia Yulia Brodskaya..
Ni antara review tentang dirinya..
Yulia Brodskaya was born in Russia (Moscow); prior to moving to the UK in 2004 she was interested in diverse creative practices ranging from Textile Painting, Origami and Collage to more traditional Fine Art practices. Following an MA in Graphic Communication (2006, University of Hertfordshire) she continued to experiment and explore ways of bringing together all the things she likes most: typography, paper, and highly detailed hand-made craft objects. She has swiftly earned an international reputation for her innovative paper illustrations and continues to create beautifully detailed paper designs for clients all around the world.

Ini beberapa karya seninya bertemakan kertas tipografi.

Aku cume boleh cakap Wow!!!





Apa komen korang lak?

Awak..nak ros?? (art handmake)

Salam..

Baru-baru ni kami telah membuat projek mini yang berkaitan dengan cintakan alam sekitar n mestilah tema yang digunakan berkonsepkan memelihara alam sekitar.So konsepnya adalah berkaitan dengan adik beradik kertas seperti surat khabar dan kotak-kotak terpakai.

Walaupun banyak tugasan dan laporan yang perlu disiapkan,namun aku join jugak mende nih.Mang dapat memberi manfaat yang besar dalam memelihara dunia kita yang semakin uzur ini.

Kalau setiap 800 bilik menghantar suat-surat khabar yg dowang dok beli setiap hari ataupun mst ade sekurang-kurang satu surat khabar dalam seminggu dan dikumpulkan pada hari tersebut pastu dihantar dan dikitar semula akan menghasilkan lagi kertas-kertas untuk surat khabar yang seterusnya.

Sedikit riview apa yang kotowang dok sibuk-sibukkan pada hari tersebut.
Antara aktiviti pada hari tersebut adalah tayangan berkaitan kitar semula kertas terpakai dan terbuang(sambil ader lagu zainal abidin yang diulang-ulang menunjukkan kami sehati sejiwa seperti dia yang terkenal konsep cintakan alam sekitarlah sangat aku nih)









Owh ye..kat cni aku nak tnjukkan jugak art yang memang menarik perhatian aku..







Diperbuat daripada apa bunga ros nih?sepupu aku 4 tahun pun tau daa....



Saturday, October 23, 2010

Perkara kecil dibesarkan??


Salam..

Halu sumer..
Kenapa agaknyer ibu-ibu kowang membebel yg smpai kowg sendiri tak larat nk dengar disebabkan hanya perkra kecil..?
Kadang2 si somi pon mls nk layan lau isterinya kuat membebel sebab perkara kecik je pon..
kat cni aku bg reason nape pempuan kdg2 perbesarkan perkara yg kecil..
disebabkan aku jugak adalah seorang wanita yang tak suker membebel sebab perkara kecik...

first..
1.Mungkin kerana pempuan tersebut mang dah dari azali suker bercakap..maknyer suker membebel tem mangandungkan dy..ni kira faktor gen lar senang...huhu..yg ni ader bebelen yg bemakna dan ader bebelan yg ikut emosi..(nk ikut yg mane lu pikirlah sendiri..huhu)

2.Faktor dy seorang yg prihatin+bebelan..
Contoh situasi--->Dy terlihat calar kecil pada kereta.(benda kecik kan?ala..wat bodo je..n then anda tak chek pon keseluruhan kete)
TAPI........................pempuan yg prihatin akan membebel sambil mengchek keseluruhan ketenyer...
Bler chek punyer chek..kat tayar upenyer ader bocor...(hikmah disebalik bebelan td..haha)
kat ctu dy akn pkir balik,upenyer tadi dy lalu jalan lopak yg membuatkan tayarnya bocor..tepi2nyer ader lalang yg membuatkan pentu keretanya calar..
See?jd jgnlah pndang bebelan wanita hanya kerana mengikut emosi semata-mata..fahamilah ibu anda...
Cube fkir lau dy tak chek tadi?n sejam seterusnyer teruskan drive nak pegi Giant yg ader promosi handbag murah?tercapai atau tidak hasrat nak beli handbag tuh?????????

p/s-->nk tanyer... ape tajuk yg suai bg entry nih senanya?huhu...(perkara kecil yg dibebel atau dibesarkan?)

Saturday, October 9, 2010

Citer Tamat Syawal

Salam..

Akhirnya Syawal pergi..semalam adalah last Syawal menjenguk umat Islam..nak tunggu dy datang jangan luper ganti pose dulu..

Untuk sekalian kalinya aku nak bercerita..citer pengakhiran Syawal..pepagi semalam bermula kul 1 pagi..aper aku wat pepagi cenggini?waktu orang lain duk didodoi mimpi indah..diulit selimut..tidur lah..aku tak kaco korang pown..

Tretttt...vibrate enset berbunyik..diiring ngn lagu ringtone enset aku..lagu Aizat-Sahabat.


Ya..sememangnya kawan-kawan adalah terpenting dlm hidup aku..sedang aku melilau fikiran psl lagu Aizat aku angkat pangglan tuh,,saje aku lambat-lambatkan angkat kol nak dgr ayat first lagu tuh kejap.

Pastu bawu aku terdengar sore lain..iaitu makcik aku,cik lela..makcik yang paling sempoi,cakap jer aku nak pegi maner..gerenti dy penuhi jalannn..bergantung kat kemampuan dy lar..dah berkeluarga..dy gtau dah dekat depan pintu pak guard UM..

Mang 2 3 hari sebelom tuh dy dah gtau nk datang lau suaminyer nk jenjalan kt tmpt aku,mang akhirnya dy dtg..somi dy pown sempoi..nk kater umah dowang dekat dari tempat aku ader la dalam setengah jam gak..tp pasal kitowang ngn sedara mang tak kisah,jadi lau setakat pegi jenguk anak buah,dy kate cam belakang umah jer..heheh.lagipon dowang tak dapat dtg awal psl ader hal lain sebelom tuh..

Al-kisahnyer upenyer dy nak anta biskut rayernyer yang melambak kat umah tuh..lorhh..punyer lar caring dy kat kami nih...ader lagi dy packing tuk adik aku kat maktab.

Macam-macam biskut dy packing dalam satu bekas..
mekasih cik lela...kuih tuh kitowang akan habiskan..malam-malam mang salu lapo..jadi kuih rayer lar jd santapan..lau tak pon..sok ni aku akan tapau pegi kuliah,kongsi ngan geng..huhu..



Friday, October 8, 2010

PadaMu ku bersujud_Afgan

Salam..

Nak share minat ckit..huhu.Aku mang minat afgan nih..sore dy best n lagu-lagunya ade juga pengajarannya..bukan hanya cintan-cintun..






Afgan – PadaMu Kubersujud


ku menatap dalam kelam

tiada yang bisa ku lihat

selain hanya nama-Mu Ya Allah


* esok ataukah nanti

ampuni semua salahku

lindungi aku dari segala fitnah


reff:

kau tempatku meminta

kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hamba-Mu yang slalu bertakwa


ampuniku Ya Allah

yang sering melupakan-Mu

saat Kau limpahkan karunia-Mu

dalam sunyi aku bersujud


repeat *, reff

repeat reff


pada-MU



Lirik lagu Afgan – PadaMu Kubersujud ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 terbaru.

Saturday, October 2, 2010

Buku Dr Hm Tuah..Part1




Salam..



Nak share dari Dr. Hm Tuah mengenai 0tak kita yang memang disediakan dengan pelbagai keupayaan..lau kowang minat pasal motivasi..lagi2 as pelajar,buku-buku dy memang santai..
MyEm0.Com
Suker bace buku dy tentang motivasi n kaitannya dengan minda dalam tajuk bukunya 'membina imaginasi cemerlang'..ni antara yang dy telah perincikan tentang keupayaan otak manusia.

Hari ni nak gtau yang otak kanan dahulu..
Senanya nk mintak pedapat jugak dari kowang sumer mengenai istilah2 yg dy gunakan..
Yang aku tak berapa fhm aku hihglight colour biru..tp bukan b'mksud aku faham sumer istilah2 tu dgn tepat.huhu
MyEm0.Com
Keupayaan Otak kanan ;-

* sintesis
* analogi ( membentuk kefahaman sesuatu konsep secara mengaitkan dgn ciri yg serupa )
* ruang
* intuitif ( kebolehan mengetahui sesuatu dgn tidak melalui proses berfikir yg biasa mengikut gerak hati)
*holistik
* bentuk/corak/pola/lukisan/rentak/muzik/imej/visual/gambar
* imaginasi
* kreativiti ( kebolehan menyusun idea2 dgn cara baru dan imaginatif )
* global
* interaktif
* gerakan / tarian
* melihat perhubungan dan keseluruhan
* amalan
* serentak ( kebolehan memproses lebih daripada satu jenis aktiviti minda dalam satu masa )
* visi
* perkongsian / kerohanian
* bunyi semula jadi
* emosi (perasaan )
* konkrit

- aku bljr tuk jgn cepat melatah dalam hidup n positif.

MyEm0.Com

Adobe photoshop

Salam..

Di kala bnyk keje aku sempat lagi wat adobe photoshop..bler dah penat otak.. perangai giler-giler datang..senanya tengok kat blog wanhazel,rajin dy meng'adobe' n lagi teror..so nak try yg latest dy punya entry..adobe berbingkai.tadaaaaa..
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
v
p/s:kurang kesedaran sivik sape yg mengambil hak orang tnpa kebenaran..

Thursday, September 23, 2010

Ingat saudara dengan gelaran sekali..Salam Aidulfitri!!


Salam..

Dan salam kali ini adalah Salam Aidulfitri yang sungguh bermakna dalam hidup kita sumer yang beragama muslim..
Walaupun cam dah terlambat tuk ucap selamat hari raya,aku nak ucap jugak untuk kowang sumer..rayakan sebulan..masih dlm mood rayer ke sumer lepas balik bercuti di kampung tercinta?bagus lar..maser camni lar sumer sanak saudara dpt berjumpe..lau tak mang susah tul nak bersemuka..
Jadi kesempatan nih aku ucapkan Selamat Aidulfitri dan Maaf Zahir Batin jika terdapat salah laku pada sahabat-sahabat yang sudi singgah di sini selama ini..juga pada sahabat yang mengenali diriku,bukan aku sengaja menjauhkan diri daripada anda semua tetapi kowang memang duduk jauh2..huhu.. ingatlah yang kowang sumer mang ader dalam hati... (^-^)

Jadi ape pulak cerita semasa rayer nih..aku nak citer sikit tentang kepentingan mengenali saudara..

Tapi masalah aku adalah aku mang kenal sedara tapi boley lupe ingatan mase nak bersalam-salaman..haishh..

Al-kisahnyer..mase hari rayer perama seperti kebiasaan tahun-tahun lepas aku akan pergi ke rumah makcik2,nenek dan saudara..tapi insiden nih agak memalukan bila aku terpanggil makcik sendiri dengan panggilan akak..yang sepatutnya aku panggil BOKDEy(bahasa jawa..huhu)..

Ni ayat aku..''Selamat hari raya kak jiah,.'' pastu yang duk beratur sedara kat belakang nih semua pakat gelakkan aku.aku apa lagi,cover lar..haha.. cakap sambil muker comel dan buat lawak bodoh.."Makcik kan awet mude lagi..kene panggil kak,bawu ader kelass..''huahua...tapi serius makcik aku tuh mude lagi,mang takder ruper makcik2 lagi woo.hehe.

Jadi pengajarannya..bukan setakat kenal saudara..tapi ingatlar gelaran-gelaran mereka jugak..haha..

Friday, August 27, 2010

Macam-macam Ragam

Salam..

Mase pose camnih lar agam-ragam sengal seseorang ley terjadik..curik-curik makan..buat-buat sakit perot lar bagai..mase kecik-kecik lar mak nak marah kita lau kita tak pose..tak pose nati tak dapat berbuka la gamaknyer..lau mak aku dulu takder lak sampai tahap nak denda anak-anaknye lau tak pose..kekadang mang tak larat mengecu-ngecut perut..mak bagi buker..heheh..tapi dah start darjah satu mang kena pose penuh dan takder excuse2 lagi dah..ahaha..(padahal mak tak tau yg aku penah telan gula-gula perisa asam sebijik..alamak..kantoi!)hehehe...tapi lau sekarang masih nak wat camtuh tepuk dada tanyalah dada jugak!dah beso panjang dan lebar lak tuh kan..
Apa pun..jom lar layan kartun nih..








p/s-->i'm not perfect muslim but i'm going to be perfect muslim..renung-renungkan dan selamat beramal lah!
http://www.emocutez.com

Sana Sini Seni dah bertukar


Salam..

Ni cuma nak mengwar-warkan jer blog aku yg dulu SANA SINI SENI dah bertukar tajuk MAZIATUL UZZMA NAMA KAMU..tapi jangan konpius,ia masih tetap blog yg samer..owang yg same..heheh..hope kowang dapat terima pembaharuan nih.dan lau ader yang tercarik2 header yg dulu..aku semadikan kat cni okeyh..http://www.emocutez.com

Sunday, August 22, 2010

Ragam sekolah rendah

Salam..
Apa yang ader dalam kotak pemikiran kiter biler bercakap pasal barang kepunyaan kita?mestilah kita sayang..jaga dy elok-elok..lau kereta tak boley berhabuk ckit mesti nak g service dah..haha.ape tah lagi calar dek orang langgar.mintak ganti wugi.ye dak?huhu.tapi itu citer orang dewasa..kali nih saje nak buker citer zaman kanak-kanak dahulu kala..zaman-zaman jahiliyah..heheh.masa sekolah rendah dulu setiap pensel ngan bekas pensel mesti ader nama kiter...
yang sekarang punya lagi best..
1.Pensel tekan jenama stabilo ade tempat ley tulis nama sendiri..nih dy...boley lar tunjuk kat adik tak payah nak susah-susah lekat kertas kat selotep.(betul ker eja selotep??)

Kat ruangan tuh tulis nama samaran..cotoh kat ctu TOM.


2.Ingat tak cikgu suruh kongsi-kongsi pensel warna lau kite tak bawak masa pendidikan seni..kiter bagi pinjam,tapi mesti kiter mintak balik kat dy dengan sedaya upaya.Tak bagi kawan-kawan pinjam bawak balik umah..alasannya nati mak marah n then timbul satu idea.Kite tulis kat dalam kotak pensel warna bahagian atas sekali dgn ayat berbunyik,
" Pinjam boleh tapi kene pulangkan balik,nati mak kite marah,orang mencuri potong tangan"..ader lagi macam2 ayat lar aku aser..haha..



3. Masa darjah satu dulu cikgu-cikgu suker bagi kertas kat kiter yang colour coklat n kitar semula..agak-agak kowang same gak x?huhu.kertas tuh memang fomous dulu..kertas gelek asenyer..haha..kat cni tak dapat aku nak tunjuk yg maner satu psl dah xder lagi kowt skg.
p/s:lau ader agi kertas tuh tlg gtau..hehe

Wednesday, August 18, 2010

Flash player best..jom tengok


Salam..

Amacam sumer..chat?kenyang dah membedal makanan-makanan.??erkk..(sendawa kekenyangan)huhu.alhmdulillah..

Ader dua yang aku nak share kat cni..

Gambar pertama kat atas adalah
listen2quran,maksudnyer kita boleh mendengar bacaan surah-surah dari qari yang kita sendiri boleh pilih.Ia jugak siap ada terjemahan dalam berbagai bahasa.

Gambar kedua yang aku nak share ngan kowang sume tentang holy quran dalam bentuk flash player..mungkin ader yg dah tau.tapi mungkin ramai lagi yg belum tahu tentang ini..
Apa yang menarik??
Yang menarik tentang holy quran ni iya seakan-akan quran sebenar..double klik dan drag mouse maka helian-helaian muka surat juga seolah-olah bergerak..bukan seolah-olah dah..memang sebjik dy bergerak.
Dan kalau nak cari surah yang paling belakang boleh pilih page mana yang kita mahu..cubalah..memang mudah dan skrg xder alasan lagi lau kesibukan keje membuatkan kita tak sempat nak membaca quran walaupun beberapa patah perkataan.
Banyak jugak senanya quran dalam bentuk digital dan skrg boleh online je..kalau dlihat sekarang memang ramai dah yg gunakan notebook sbg bhn dokumen terpenting dan kebanyakan keja menggunakan online..jadi mungkin lau yang tak berkesempatan membawa quran tidak perlu susah2 lagi takut tercicir quran..anda boleh membaca bahkan menghafaz dgn online je..apa agi kengkawan.jom try!!

-->Boley lah klik - klik gambar-gambar di sana sini seni.

Sunday, August 15, 2010

Tips sempena bulan Ramadhan

Salam..

Nampaknya dah dekat seminggu kita berpuasa..lum terlambat lagi lau kita nak topup amalan-amalan masa bulan ini..jugak tambahkan kredit pahala..wah gitu...kali nih sempena bulan ramadhan,aku nak sharing lar beberapa tips yang mungkin boleh kita praktikkan..hope ada yang boley kita manfaatkan..

1. Untuk para ibu-ibu kat rumah kalau nak dapatkan nasik yang enak dan putih cantik bagi hidangan berbuka puasa..tambahkan sesudu minyak masak semasa menanak nasi..Kemudian biarkan hingga masak seperti biasa.

2.Bagi menghilangkan kesan karat di baju, ambil belimbing buluh dan sapukan pada kesan karat serta biarkan selama 20 minit..nak lebih pon buley tapi xtau lar apa kan jadi kat baju tuh nati.huhu.kemudian,bilas seperti biasa.

3.Jika telinga dimasuki semut,ambil secolek kapur sirih dan sapukan di belakang telinga yang dimasuki semut.Biarkan sehingga ia kuar..lau tak kua maknanya semut tuh dah pengsan tak tahan kat dalam tuh..http://www.emocutez.com
Anda penah tido seketika siang hari pada bulan Ramadhan?mang ianya merupakan sebahagian daripada IBADAH..tapi lau tido sepanjang hari tuh namanya APA KER JADAH..

4.Bagi mengatasi kulit melecur dan berparut akibat terkena minyak panas,ambil serbuk penaik dan campur sediki tair lalu sapukan pada tempat yang terkena mnyak panas tadi.Nak dekat raya nih mesti macam-macam kek yang akak-akak nak try wat..mesti ader serbuk penaik kn?

5.Masa nak dekat raya pulaklah anda ader bisul??lau kat muke dah tak ensem.dah tak cun..segan nak bersemuka ngan sedara mara..so tipsnya,gunakan 5 helai daun bawang,sedikit beras dan kunyit yang ditumbuk.Tampal dan balut kat bahagian yang bermasalah itu.
http://www.emocutez.com

6. Terlebih-lebih membeli buah kurma masa bulan puasa?berkilo-kilo sampai tak lalu nak kunyah?jgn membazir..untuk kelihatan wajah berseri amalkan meminum air rebusan kurma merah,rebus 20 biji kurma merahdengan sedikit gula batu dn minum airnya setiap hari..

Selamat mencuba.try jgn tak try...!!
Salam Ramadhan!!http://www.emocutez.com

Wednesday, July 28, 2010

Bilik tidur fantasi



Salam..

Hye kengkawan..ayoo..berhabuk gak blog aku..takper..kali ni kita cat bagi baru cikit.heheh.Aku nak wat blog ni sebersih dan secantik kamar-kamar yang aku nak tunjuk ni..huhu..layannn..nak tampal kat kamar blog aku nih ngan award yg dah lame aku terima tapi tak tampal-tampal lagi.Tak tau nak amik camne.Sudi2 ley tolong ajarkan kiter yer..

Animal room

princess room

mario room


Ball room
Complicated room






Saturday, July 17, 2010

Sekadar kenalan atau kawan dan sahabat?


Salam..

Cube teka aku kat maner skg..huhu..aku skg merempat dibilik kengkawan yg tak putus2 memberi aku smgt..tnpa kawan-kawan aku mungkin di jalanan..sadis tul bunyinyer kan?huhu..
Doakan aku agar dapat tempat yang baik di tempat pengajian ini yer kawan-kawan..
Bukan niat nak menyusahkan tetapi ini adat dalam berkawan dan bersahabat..ada hari kita susah bersama dan senang bersama..
Anda semua tahu apa ertinya sahabat..hanya orang yg duduk bawah tempurung sahaja tidak mengenal sahabat..antara kawan dan sahabat?apa yang lebih bermakna bagi anda?

Aku mengenal banyak ragam apabila disekelilingku dikeleilingi ramai insan yang seremaja bergelar kawan dan sahabat..
Ciri kawan dan sahabat..
1.Kenalan.
Yang setakat bertegur sapa di jalanan..antara ayat-ayatnye.."Assalamualaikum Man!"..Man pon menjawab. "Wa'alaikumussalam!"n then blah sambil tersenyum..ataupun " Hye Joyah!" Joyah pon jawab."Oh.ko..Hye!!"
Kenalan sebegini mungkin hanya kawan jalanan tetapi tidak rapat dan selalu berjumpa.kira orang-orang yang memang ramai kenalan lar.

2.Kawan gelak.
Yang ini asal kita jumpe jer kita akan berasa seronok..kita akan gelak sampai pecah perut..dia memang penuh sense of humor dan sering bergurau..terkadang gurau yang menyakitkan..tapi niatnya bukan untuk mengutuk oleh kerana dia jenis yang suka membuat orang ketawa..

3.Kawan sembang.
Kawan yang boleh diajak sembang tentang hal-hal yang serius dan peribadi.Dia seorang kawan yang boleh kita percayai apabila becerita tentang rahsia atau masalah dan juga pendengar yang baik.

Nota kaki..agak buzy minggu nih..maaf jika entry kurang memberangsangkan.weee....

Saturday, July 10, 2010

Kredit Untuk Wanita

أرجو أن يعجبكم المؤنث لاحظوا بأن الجنة مؤنث
والجحيم مذكر وأن الابتسامة والسعادة مؤنث
والحزن مذكر و الصحة مؤنث
والمرض مذكر والحياة مؤنث
،،، والموت مذكر والمودة والرحمة مؤنث
،،، والحقد والحسد والغضب مذكر وأن الاجازة والراحة والمتعة مؤنث
،،، وأن الدوام والعمل والقرف والتعب مذكر فأعلم أن ((الأنــــــــــاث)) سر جمال هذا الكون فهمتو يا نكد و حتى النكد مذكر

Sya`ir di atas ni satu lagi kredit(pujian) untuk kaum hawa.
Mahu Tahu maksud??
"Saya harap ianya akan menakjubkan anda:
Al Muannath (Feminin/Female/Perempuan) Ketahuilah/Ambil perhatian bahawa syurga itu 'perempuan'; dan neraka itu 'lelaki',
Dan sesungguhnya senyuman dan kebahagiaan itu perempuan; dan kesedihan itu lelaki, Kesihatan itu perempuan; dan penyakit itu lelaki,
Cinta dan kasih itu perempuan; dan benci, sakit/iri hati, dan marah itu lelaki, Cuti, rehat dan keriangan itu perempuan; dan terus menerus, bekerja, meluat, dan keletihan itu lelaki,
Maka ketahuilah sesungguhnya perempuan adalah rahsia keindahan alam ini,
Maka fahamilah wahai yang merajuk/bad mood (tuju kat kaum lelaki), Bahkan 'merajuk'itu pun lelaki! "
itulah keindahan bahasa arab....
wallahu`alam...
--> Dari seorang kawan dalam yahoo mail..ia hanyalah syair arab lah!huhu

Thursday, July 1, 2010

Syukur Sana Sini..

Salam..

Kenapa hidup penuh cabaran dan mempunyai pro dn kontra..tu semua mengingatka kita apakah kepentingan untuk kita bersyukur..nilai dan norma yang kita lalui sepanjang hidup adakalanya menjatuhkan dan menaikkan diri kita..rasanya memang susah bila kita mengaharapkan sesuatu diluar batasan andai apa yang ada sekarang ini tidak kita pelihara dengan sebaiknya.Apa pulak yang aku bebelkan ni..cuma sekadar renungan sesama kita barangkali.Chek it out apa yang kita rasa perlu bersyukur kepada Tuhan dengan kehidupan ini.

1. Bersyukur jika adik anda bersungut apabila melakukan kerja rumah atau duduk bermain FifaOnline..(padahal dalam hati bengang ni..huhu..)kerana ini bermaksud dia kini berada di rumah dan bukan berpeleseran tidak tentu hala dengan kawan-kawan.

2. Bersyukur kepadaNya kerana banyak pakaian kita yang sudah tidak muat dan jangan bersungut jika kita tidak muat lagi untuk memakainya mungkin kerana berat badan yang naik...ini kerana kita cukup makan,tidak hidp dalam kedaifan.

3. Berterima kasih juga kepada Pencipta kita kerana setiap pagi dapat melelehkan air liur yang basi (jangan nak tipu tak pernah pulak..haha) menunjukkan kita masih lagi bernyawa menghadapi hari-hari mendatang..
5. Panjatkan kesyukuran juga kerana terpaksa meletakkan kenderaan anda jauh di sudut..kerana itu bermakna kita masih mempunyai kenderaan dan kudrat yang dikuniakan untuk berjalan..

5. Bersyukur juga kerana internet yang slow walaupon dah guna broadband tebaik tetapi lembap sewaktu loading...ini kerana menunjukkan anda masih bernafas semasa menunggu internet itu loading...sesambil makan buah epal..lalala..
6.Bersyukur kerana setiap hari dapat mendengar bebelan abah atau ibu..(abah aku lebih prihatin terhadap isu kemas-mengemas)juga jangan lewat mengangkat baju lebih dari jam4 ptg kerna baju akan lembap semula jika lambat diangkat.Ini kerana itu semua bererti kita mempunyai keluarga dan tinggal bersama keluarga dan bukannya di kaki lima.












Monday, June 28, 2010

Senyum Kambing Part 2


Al-Kisah 1

Suparman sedang menunggu keputusan SPMnya.Untuk mengisi masa lapang,dia mengambil upah memerah susu lembu di ladang ternak Pak Majid.Pada hai pertama bekerja,dia dbekalkan sebuah bangku kecil dan baldi sebelum memulakan tugas pertamanya.
Sejam kemudian Suparman kembali ke bangsal Pak Majid dengan baju lenjun dan kotor.Baldinya juga pecah manakaa bangku kecil hancur berkecai.

"Apa hal dengan kau ni Suparman?" tanya Pak Majid

"Memerah susu senang,tapi nak suruh lembu duduk di bangku kecil tu yang susyah!"beritahu Suparman dengan tegas.

Al-Kisah 2
Sewaktu rancak bersembang dikedai kopi bersama Ramu,Velu, dan Joe,Tong minta diri seketika untuk ke tandas.
Semaasa ketiadaannya ,Ramu,Velu, dan Joe bercerita tentang kejayaan anak masing-masing.

Ramu: Anak aku ada syarikat pengedar kereta sendiri.Baru-baru ini dia menghadiahkan kawan baiknya sebuah Perdana Baru.

Velu: Anak aku pun ape kurangnyer..usahawa terkenal dan punyai rangkaian syarikat yang besar.Dia juga amat pemurah dan pernah hadiahkan awan karibnya sebuah banglo di Putrajaya.

Joe: Anak aku seorang broker saham yang berjaya dan hadiahkan saham bernilai RM100,000 kepada kawan karibnya.

''Eh!Apa korang cerita ni?kata Tong yang tiba-tiba muncul dari belakang kedai.

Ramu: Tak ada ape..cuma cerita paal kejayaan anak lelaki kami.

Tong: Oooiii..Aku malu nak cerita pasal anak lelaki aku sebab dia nih gay.Tapi aku bangga sebab dia bijak.teman lelaki barunya hadiahkan dia Proton Perdana,teman lelaki kedua plak bagi banglo di Putrajaya dan teman lelaki ketiganya hadiahkannya saham RM100,000.




-->sumber senyum pisang